Tuesday 23 December 2008

Selsema ke resdung???

Adussss, sakit sungguh hidung aku ni. Sengal2 kat batang hidung rasa sampai ke gusi.... Kiranya rasa sengal tu aku rasa di seluruh muka.... Bukan sengal biasa ni, rasa cam berdenyut2 pun ada. Suara pun masih lagi sengau. Adakala hidung aku tersumbat sampai tak leh nak bercakap. Penyakit apa ni? Kalau selsema, takkan rasa cam ni... Ke resdung?? Dah beberapa hari dah aku duk menanggung sakit. Rasanya tak lah sakit sangat, tapi tak selesa la.... Sometimes rasa sakitnya sampai ke kepala. Adusss...... Apa lah ubat nak bagi hilang rasa sengal ni?? Semalam dah makan panadol nak bagi hilang rasa sakit ni, tapi tak hilang2 pun.... Kalau penyakit ni penyakit resdung, nampaknya nak kene cari ubat resdung la ni. Hai, nak kene pegi klinik la ni....

Saturday 20 December 2008

Mawi Kahwin dan aku masih selsema


Hari ni telah diwarwarkan hari Mawi dan Ikin nikah dan majlis tersebut disiarkan secara langsung di Astro Oasis, Channel 106. Aku pasti ramai yang menonton siaran ni dan yang paling pasti aku adalah salah seorang yang terlepas untuk menyaksikan siaran ni... huhuhu.... Semalam one of colleague dah warwarkan kat ofis pasal ni dan aku totally lupa about it... Maybe sebab selsema aku yang tak reda2 ni buat aku lupa.... Lagipun aku duk tgh gila main pc games... Pada waktu siaran tu, aku duk tgh asyik mencari barang yang tersorok dalam game tu... hahaha...

Aku ni bukan la die hard fan si Mawi ni, tapi aku sangat kagum dengan nasib dan rezekinya yang melimpah ruah selepas dia menang AF3. Tapi aku akui yang aku suka suara Mawi ni, suara lelaki. Kalau kena dengan lagu atau irama, semesti aku terhibur bila dengar lagu dia. Dan Ikin pulak, dia adalah antara wanita yang bertuah sebab dapat tangkap Mawi ni. Almaklumlah, umum dah mengetahui yang Mawi ni berduit. Rezeki dia pun masih lagi melimpah, walaupun ada yang mengatakan nama Mawi ni kian tenggelam.

Apa yang menjadi persamaan antara perkahwinan aku dan Ikin adalah aku dan Ikin berkahwin pada umur yang sama, iaitu 29 tahun dan jarak umur suami aku dan Ikin adalah dua tahun lebih muda dari kami.... hahaha.... Secara kebetulan je.... I was suprise to know that... hahaha.... I think ramai lagi pasangan lain yang ada persamaan ni, cuma aku saje je nak citer kat sini... Just to make my post more interesting....

Di saat Mawi dan Ikin sedang bahagia melayari hari mereka sah menjadi suami isteri, aku di sini sedang berhempas pulas bergelut dengan selsema yang dah seminggu menyumbat hidungku ini. Tak ada tanda2 ia akan reda. Kepala pulak berdenyut2 sejak dari pagi lagi. Nasib baik la tak demam. Anak aku pulak tak abis2 tanya "Ibu tak sihat ke?" Perihatin sungguh Aizara ni.... Aku berdoa semoga Mawi dan Ikin kekal bahagia ke akhir hayat dan semoga aku sembuh dari selsema ni. Dan aku tak ralat sangat pasal terlepas tengok majlis akad nikah Mawi ni sebab aku pasti mesti akan ada siaran ulangannya. Anyway, thanks to ohbulan @ http://www.ohbulan.com/ sebab begitu pantas post thread pasal majlis nikah Mawi-Ikin siap dengan gambar sekali. Dapat jugak aku tengok gambar diaorang walaupun mutu gambar agak kurang menyenangkan. Aku yakin, peminat2 Mawi dan Ikin mesti berterima kasih gak kat ohbulan sebab bagi update paling cepat sekali pasal majlis ni.... Sapa2 yang terlepas tengok siaran langsung majlis pernikahan Mawi-Ikin, boleh layari website ni untuk tengok siaran tersebut
http://www.selebriti.tv/media/163/Majlis-Akad-Nikah-Mawi-dan-Ikin/

Thursday 18 December 2008

Amazing stuff....

Aku dok baca2 email yg dihantar oleh boss aku. So ada satu email yg agak menarik.... Semua isi kandungan dlm email tu agak menarik, tapi aku juz share some of it only, ok...

  1. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321(klu tak caya, try le kira pakai calculator)
  2. The first couple to be shown in bed together on prime time TV were Fred and Wilma Flintstone.
  3. Q: If you were to spell out numbers, how far would you have to go until you would find the letter 'A'? A: One thousand
  4. Every day more money is printed for Monopoly than the U.S. Treasury.
  5. Men can read smaller print than women can; women can hear better...
  6. Now.... Don't delete this just because it looks weird.. Believe it or not, you can read it.
  • I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a word are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the
    word as a wlohe. Amzanig huh?

Filem 'Histeria'

Aku baca artikel pasal filem ni dalam paper hari ni... Aku tgk trailer citer ni pun, agak menyeramkan tp tak tau la sejauh mana keseraman citer ni... Kot2 la dlm trailer diorg sunting part2 yg menarik je kan... Menurut artikel yg aku baca, dlm filem ni terdpt satu scene di mana pompuan ngan pompuan kissing each other. Kiranye ni babak aksi lesbian la ni... menurut artikel yg aku baca ni, pertama kali penonton dpt menyaksikan babak pompuan cium pompuan kat filem. Maknanye FINAS lepaskan adegan ni la kan.... Aku pelik cam mana babak cam ni boleh dilepaskan... Apa justifikasi FINAS melepaskan babak ni... Aku tak rasa aksi cam ni perlu dipertontonkan... Ia seolah2 membenarkan perbuatan seperti ni di khalayak ramai... Tak gitu...? Bukan kah perbuatan tu diharamkan di sisi agama? Dan apa plak motif pengarah mengadakan babak seperti ni? Adakah untuk menunjukkan scenario sebenar lesbian atau sekadar untuk lakukan filem dia? Tak faham....

Trip to Bukit Merah Lake Town Resort - Part 2

Finally I was not alone in this trip. Last Sunday morning, my husband told me that he can follow me in this trip. At first I was not sure about him joining me in this trip. But when he said he gonna go home and pack his stuff, baru la aku percaya. So we departed from my sister's house at 5pm and arrived there at 8.30pm. The hotel that we stayed called Suria Apartment. The room was quite orait, got lots of spaces (coz masa call org hotel ni tanya pasal keadaan bilik, dia kata bilik cam hotel je). Rugi jugak adik aku tak dpt join this trip. Klu ikut plan asal, adik and her family nak join this trip. Tp sb bilik kecik, so dia tak jadi nak ikut. So, the meals were provided only to me, and I decided to take turn to use the coupon. We stayed there for 2 nights and 3 days.

Overall aku rasa this hotel needs to do lots of changes to get more guests to visit their hotel. Sb aku rasa hotel ni a bit costly jika nak dibandingkan service yg diorg offer. Klu ikutkan, bilik yg disediakan pun mempunyai basic facilities je, toiletries pun agak basic (juz sabun, shampoo and bath gel je...), tong sampah pun satu. Pastu sofabed yg disediakan pun tak comfortable and its so basic, kusyen sofa dijadikan tilam... I think they should provide more facilities to give comfortness to the guest. Cuma yg aku kagum, kolam mandi kat hotel tu, punye la besar.... cantik plak tu... Anak aku gi mandi dr pukul 9am sampai pukul 11 baru dia naik.... Seronok sangat dia dpt mandi kolam... Tp hubby aku plak lupa bwk camera, so tak de la shot masa anak aku tgh mandi....

Food pun ok gak la but it is not variety. Hidangan pun agak basic especially food for morning tea and afternoon tea. I think it should be upgraded becoz they charged quite expensive on the food. Then tak de extra thing yg diorg offer. Mintak kupon utk partner at least for one meal a day pun tak nak bg. Agak kedekut.... I think they need to upgrade their service and offer lots of promotion. Baru la ramai org pilih utk stay at their hotel, kan...

Saturday 13 December 2008

Aizara 1st visit to cinema...

Cuti hari raya haji hari tu, aku continue cuti for 2 more days. So, on last wednesday, aku ngan adik aku bawak anak2 kami and 2 orang adik kami ke One Utama to watch Madagascar Escape to Africa. This is the first time aizara ke cinema. Aku pun tak sabar nak tengok gelagat dia kat panggung. Bila dah masuk je, dia excited giler la tengok tv punye la besar... Pastu, bila lampu tutup je, dia cakap kat aku, ibu, gelap, ibu. Kenapa gelap, ibu? Pastu aku suruh la dia senyap and tengok citer tu kan... Tp dia duduk tak diam, resah semacam je... Kepala duk toleh sana, toleh sini, duk tengok orang gelak (macam boleh nampak dalam gelap tu). Aku tegur dia suruh diam, dia diam sekejap. Pastu duk tak diam balik... Tetiba dia cakap dia nak duk atas riba aku. Aku pun pangku je la dia. Takut dia sejuk la kan. Maklumlah, dia bukak jaket dia sebaik saja sampai kat seat. Tak lama lepas tu, dia senyap, kepala pun terlentuk2. Rupe2nye dia tido.... Sabor je la... Agaknye sb gelap, terus je mata jd ngantuk... Org lain punye la gelak bagai nak rak, yang dia tido punya la nyenyak... Aizara, aizara...

































Muka Aizara yg baru bangun tido..hahaha







Lupa pulak aku nak komen citer Madagascar ni. Bagi aku, citer ni memang interesting, exciting, funny and lots of good values in it. Pelbagai kisah yg diselitkan, kisah kekeluargaan, persahabatan dan unity in animal kingdom. Watak yang aku paling suka adalah penguin yang ala2 gangster gitu. Tapi penguin ni bijak, dia lah yang mengepalai escape plan yang tak sampai tu.... Dalam Madagscar yg 1st pun, penguin tu jugak yang hijack kapal laut yang bawak diorg ke Madagascar. I recommend sesiapa yang nak tengok citer yang ringan dan kelakar, should watch this movie. This movie is not for kids only, adults can also enjoy it.

Friday 12 December 2008

Trip to Bukit Merah Lake Town Resort


Next week aku kene outstation ke Bukit Merah Lake Town Resort. Sejak dari minggu lepas lagi kepala aku tak habis2 fikir pasal trip ni. Bukan apa, this trip suppose to be fun but at the end it's gonna be bored and not fun. This is what I feel now. Sebabnya, aku kene tinggal anak kesayangan aku ni kat adik aku. Pada awalnya aku plan nak bawak dia sekali. Tapi 'baby sitter' sementara aku (adikku la tu, yg no. 6), mintak nak balik kampung. Puas aku pujuk dia ikut aku, tp dia nak gak balik kampung.... So, I have no choice selain bg dia balik... So, sekarang, aku rasa berat hati nak gi outstation. Lebih2 lagi I have to drive alone and leave my princess for 4 days... Poor her... Cam mana la nak pujuk anak aku tu, supaya duk ngan auntie dia? Dah lama dia tak kene tinggal...

Grrrr.........


I'm not in the good mood this morning... Pagi ni agak kelam kabut bersiap pegi ofis... Kene iron baju, kejutkan husband, mandi, mandikan anak, siapkan diri sendiri, siapkan anak, siapkan baju dan susu anak, tengok2 jam, aku lewat lagi... So, bawak kete pun cam pelesit, laju, pastu, sibuk mencilok sana sini... Sampai kat exit nak masuk ke Pejabat Kerajaan di Putrajaya tu, ada plak sorang mamat ni, bawak kete ala2 kura2 gitu... Bila aku nak potong je, dia tekan minyak kasi laju sikit... Nyaris2 nak bergesel... Aku punya la menyumpah dalam hati.... Pastu masa aku nak antar anak aku ke taska plak, ada satu kete ni duk tunggu kete depan nak reverse ke nak parking ke, aku pun tak tau... Dah aku nak kene tunggu plak... Dah la aku ada meeting pukul 9 ni... Sekali lagi aku maki hamun dalam hati... Huh!!! Tak tau nak marah kat pemandu ke or Putrajaya Holding, sebab built office building without considering parking for public. Mana2 kelompok (parcel)pun pegi, sama je senarionye... Ramai public mengeluh... Yang aku peliknye kenapa tak de corrective action on this matter???

Thursday 11 December 2008

Paling Latest Update

Hmmmm, punye lah lama aku tak bukak blog aku ni, dari masa aku masih kat UK sampai lah ke pulangnya aku ke tanah air. Dan banyak jugak lah citer2 kehidupan aku tak aku abadikan dalam blog aku ni spt;

- saat2 aku meninggalkan daerah Leeds dan bumi UK
- sambutan hari raya aidilfitri bersama keluarga (reunion 2008)
- saat2 kembali bekerja setelah setahun bercuti
- dan perjalanan kehidupanku setelah kembali dari cuti belajar

Nampak macam sikit je, tapi, ada banyak benda berlaku in between of all event... Nak tulis, rasa cam tak larat, cukuplah aku abadikan some photos to story these events....
In front of Leeds Market (a day before leaving Leeds)

Friends who are escorting us (me and Aizara) to depart from Leeds Airport

Aizara's first day in Kampung...

Reunited family...

Tuesday 10 June 2008

Latest Updates...


Hmmm, dah lama gak aku tak update my blog here... Maklumlah, hubby dtg... Selain busy melayan hubby, aku gak tak berpeluang nak update sb duk berebut laptop ngan husband... Hubby aku ni, kegemaran dia duk dpt laptop or pc dan surfing..... Orait back to my updates, y'ol can refer to this link coz my hubby keep updating his blog (as he has his own blog too) Klu aku update gak, nnt citer sama je.. To cut short, aku juz ambik dia punye link and paste it to my blog.... Enjoy it...

http://azranthegreat.blogspot.com/

Saturday 24 May 2008

Aizara's Creativity

Skrg ni aku tgh nak menanam sifat creativity dalam diri Aizara. So, aku belikan dia macam2 majalah kanak2 (kat sini mmg byk majalah utk bebudak) yg dlmnye ada macam2 activity termasuklah mewarna.. Aku ajar/latih Aizara supaya jd lebih creative based on pengalaman adik aku yg anaknye langsung tak minat melukis... Setahu aku, creativity ni adalah satu aspect yg penting dlm kemahiran berfikir. Creativity akan mengajar anak2 berimaginasi and berfikir dgn lebih creative. Pemikiran yg creative adalah pemikiran yg byk hala. Yg memberi byk choice kepada apa2 penyelesaian. In Science misalnye, kita kene craetive enough utk menyelesaikan masalah mathematics and we also need to be creative if we want to develop any system. Creative thinking is important. It teach us to see things out of the box, luar biasa, lain dari yg lain . So, tak de la kita duk ikut facts semata2 kan. Ini pendapat aku la....
So aku nak latih and tanam minat Aizara ni dari kecik supaya bila besar dia akan jd seorg yg creative dan berbakat. Aku duk perhatikan aizara ni pun, mmg kuat berimaginasi. Dia tgk benda bkn dr zahir je, dia manipulate pengetahuan dia and put things in her imagination. Contoh cam botol bedak or botol lotion. Klu yg besar dia kata ni ibu dia... Klu yg kecik dia kata ni Aizara dia... And then almari kat bilik tu dia kata lift and suka sgt la dia naik 'lift' tu... Pastu, letakkan bebear dia baldi yg ada kat bilik, and jdkan stroller... Dan macam2 lg la imaginasi dia bila dia main....
So, last week aku spend masa aku mewarna majalah ngan dia... Dia punye concentrate masa dia duk lukis tu, masa aku nak snap gambar dia pun muka muncung je... Dan korang tgk lah hasil tangan dia ni....
Aizara tgh melukis...


Aizara tgh khusyuk mewarna..cantikla kononnnnn...


Inilah hasil kretiviti aizara


Ini pula perbandingan antara kretiviti ibu dan Aizara tp aizara ckp yang dia wat lagi cantik...

Thursday 8 May 2008

Summer is finally arrived....

Finally summer is arrived to warm the land of Leeds. Klu ikutkan suhu hari ni mencecah 23 degree. Agak panas tuh... Pg td kami pegi umah Anum dgn hanya berselipar je. Dah tak yah nak pakai stokin and kasut bertutup. Punye la kaki rasa bebas. Dah lama rasanye tak pakai selipar bila keluar rumah. Td on da way balik dr rumah Anum, aku singgah la ke kedai utk beli brg2 keperluan. Dlm cuaca yg agak panas, matahari plak terik, terkenyit2 Aizara menahan silau. Sesampai kat umah je, Aizara terus cabut jaket (bkn jaket tebal) dia and bukak baju terus... Ni la first time dia tak pakai baju sejak dia dtg sini. Panas agaknye... Pastu lagu van ice cream berkumandang kat jalan raya. Dlm satu hari, lebih 5 kali aku duk dgr lagu van ice cream tu...
Semalam plak aku gi school to submit my assignment, then aku jalan2 la kat park kat area university tu... Aku tgk punye la ramai manusia berkulit putih. Aku ingatkan ada konsert ke apa. Rupe2nye diorg duk sibuk berjemur or in english they said sun bathing.... Siap ngan buat bbq lagi... Cam picnic gitu... Yg lelaki dgn belenggengnye, yg pompuan plak masing2 dah macam org berkemban dah. Pakai baju tali halus, skirt pendek... Ada gak yg pakai cam bikini... Cam pesta menyambut summer.
Aku rasa perubahan cuaca tu agak mendadak. Dari suhu di bawah 10 degree terus ke suhu more than 20 degree dlm masa beberapa hari. Seingat aku, last week kesejukan masih lagi terasa. And this week, aku rasa cam kat msia pulak. Tido pun skrg tak leh pakai duvet dah. Apa tah lagi utk pasang heater kat bilik. Klu nak kluar pun, dah tak yah lg berbungkus dgn jaket tebal dan stokin. Senang la skit....

Thursday 17 April 2008

Aizara Melaram

Terkejut aku bila tiba2 Aizara mencuitku sambil bertanya, 'Ibu, cantik tak, ibu?' Bila aku toleh, terkejut sambil ketawa, aku tgk dia penuh ngan calit2 biru. Rupa2nye, dia pakai eye shadow kat pipi. Ishhh, entah mana dia tgk org pakai eye shadow or make up ni. Sejak aku ke sini, tak pernah lg aku pakai eye shadow depan mata dia. Dah le semalam, dia ambik lipstick sapu kat bibir. Pas tuh, boleh lg tanye cantik ke tak dia tu.... Dah pandai melaram dah Aizara ni. Ni la sb terlalu attached ngan ibu dan bergaul ngan auntie2 kat sini.

Sometimes aku kesian jugak ngan dia. Sb tak dpt bergaul dgn rakan sebaya. Sometimes aku bawak gak dia pegi rumah jiran yg ada anak sebaya. Tp klu ramai sgt budak2, dia macam tak leh nak campur. Dia lagi selesa duk dgn auntie2 dia. Bila diperhatikan, memang nampak dia agak matang dibanding dgn kawan2 yg sebaya ngan dia. Hopefully balik Msia nanti, dia dapatla bercampur ngan kawan2 dia supaya dia dapat enjoy her childhood.

Wednesday 9 April 2008

Shopping at Castleford Outlet

Last weekend, aku ngan kawan2 plan nak gi shopping kat Castleford Outlet. So, on last monday, we all pun heading to the place. As decided before, we bought train ticket (return) from Leeds to Castleford. Aizara pun excited la naik train. Start walking to the platform hingga la sampai kat Castleford Outlet, mulut dia tak berhenti bercakap dan menyanyi...

Sampai kat Castleford, kitaorg pun get off from the train. Kawan aku, Anum kata ni bukan tempat dia ni.... Tempat dia lain, ada building besar and jalan sikit je terus jumpa ngan Outlet tu... Lerrrr... Kitaorg tanya kat a couple train conductors, but non of them seem to know about that place. Uuiiikkk, pelik ni... So we all pun try la call member2 yg lain yg tau pasal tempat ni but tak de plak yg angkat telefon. At last, aku call hubby aku kat Msia, suruh dia cari info pasal Castleford Outlet ni... Rupe2nye, kitaorg tersalah station, daaaa.... We supposed to heading to Glasshoughton. Tu la tak buat homework before travel, ini le jadinye.... Dah la salah beli tiket pas tu salah turun plak tu... So, we have to wait for another train to go there...

Akhirnye sampai lah kitaorg ke tempat yg sepatutnye dituju. Dgn seronoknye kami melangkah menuju ke outlet2 yg sedang menanti kedatangan kitaorg ni. The place is very nice. Ada byk designer outlet yg aku pun tak kenal nama2nye. Antara outlet yg terkenal yg ada kat situ, Nike (besar outlet dia....), Mango (MNG), La Senza, Liz Claireborne dan byk lg.. Dah la time tu tgh sale. Kami pun seronok la melangkah dari satu outlet ke satu outlet. Masuk outlet Nike, kami semua tersgtlah happynye sb sale sampai 70%. Kasut2 pun dah less 50%, pastu buy another pair dpt lg 50% diskaun. Gilerrrr.... Tp kami tak beli kasut pun sb nak tunggu summer sale yg dgr khabar lg murah....

Masuk kat La senza plak, hishhhh, lagi gilerrr... Lingeries murah2, sampai ada yg harga 50 pence je... Klu kat Msia, mana nak dapat harga cam tu!!! Pastu, kami ke outlet lain plak... Sedar2 dah berbeg2 kami bawak... Aku nak snap gambar punye la susah. Sebab tangan dah penuh. Kiri kanan dua tiga beg aku pegang... Shopping tak ingat!!! Then kawan, anum nampak outlet Lee Cooper yg tertulis 'Buy 3 for 2'. Tanpa berfikir, kami terus masuk... Memang ada plan pun nak beli jeans... Setelah puas membelek dan menerai (try), kami melangkah keluar dgn 3 pasang jeans di tangan (dlm plastik le, takkan bawak kat tangan plak kot...). Aku rasa, shopping kat Outlet Lee Cooper paling puas sekali. Maklumlah, bayar £12 aku boleh dapat 3 pasang jeans....

Last sekali, kami pegi ke outlet Kitchen apa entah... Aku dah lupa dah... kami sempat la beli casserole dish set of 3 for £7.50 je. Ada lg yg aku nak beli, tapi tangan aku dah tak larat dah nak bawak. Dah le gi naik train, bawak Aizara lagi. Klu naik kete, ngan outlet2 tu aku beli. So, after 6 hours shopping and window shopping, we all heading back to train station. Punye la lenguh tangan aku mengangkut beg2 plastik yg agak2 byk dan berat. Tp we all puas, dpt shopping macam2... Tengok je la beg plastik yg tersadai tu... Nak snap gambar tgh bawak beg sambil jalan pun dah tak larat. Hari plak mendung. So we juz want to get back and rest... And try our new clothes yg dah beli tu...

Cold Summer

Cuaca sekarang semakin tak menentu. Klu tgk kat kalendar, bulan April ni dah kira masuk musim summer dah. But sometimes we felt the weather is colder than in the winter. Snow shower dah berapa kali dah turun dlm bulan lepas (kira2 it's the end of winter and dah masuk summer dah tu). Cam last saturday afternoon, ketul2 kecil air hujan turun about half an hour. Memang cuaca agak sejuk hari tu, but tak sangka plak sampai beku air hujan.

Hujan beku memutih kat kaki jalan dan atas kereta

Ketul2 kecil air hujan yg menimpa atap umah aku (close up)

Suasana di waktu hujan ketulan air batu

In the afternoon on the next day (sunday), snow shower turun agak lebat. Tp malas nakkluar rumah main snow. Sejuk2 cam tu and kenyang plak time tu, baik duk dalam umah and paling best kalau dapat duk atas tilam di bawah duvet yg tebal. Sempat snap a few pics je. Tu pun dari dalam umah je la...

Snow shower in the sunday afternoon

Aizara excited tgk snow

Penuh asyik aizara tgk snow

Ibu, snow, ibu, ambik gambar ibu, ambik gambar..

Pesta Makan2 di Beeston

After my last blog, I haven't had time to update my memory lane ni... Bukan apa, sibuk bersuka ria ngan rakan2 perantau ni. So, today, I'll try my best to update my memory lane with stories that had happen on weekends and early this week. Klu sempat dan daya kerajinan ku kuat utk menulis.

So, we start from last saturday. Last saturday aku buat mee goreng basah, setelah lama teringin nak makan. Lagipun, aku dah beli mee tu dr hari isnin lepas dan ikut label, mee tu dah expired dah, oooppppsss.... Tp setelah pemeriksaan (chewah, cam inspektor kesihatan la plak....) dibuat, aku dpti mee tu masih ok dan masih boleh dimakan. So, aku pun goreng la dengan senang hati... And aku jemput la member2 aku (dah cam adik2 aku dah kat sini...) datang makan sama2. Tak best kan, makan sorang2... Disebabkan mee tu tak mencukupi, masing2 cakap nak order fast food utk memenuhi selera makan... Late nite, kitaorg pun order chicken grilled, chicken burger la dsb... Bila dah kenyang, member g duk kat area sini cakap diorg malas nak balik. So diorg bermalam kat rumah aku la malam tu....

The next morning, we all discussed what to have for breakfast. And ada la yg rajin nak buat cekodok bawang. Aku plak, volunteer utk buat maggi goreng.... Tgh duk proses2 for maggi goreng, housemate aku balik and suruh buat bihun goreng... Dlm masa yg sama, dia kluarkan kepala ikan salmon yg dia beli last2 week. Dia mintak aku buat kari kepala ikan. Oleh kerana kepala ikan tu besar dan byk, and after had a long discussion, we all decided to make kari kepala ikan dan asam pedas kepala ikan. After long process of making lunch, here are the menu for the day..
Kari kepala ikan salmon
Asam pedas kepala ikan salmon
Tempe goreng
Sambal kicap, dan....
Last but not least, blended sambal belacan (lumat sgt sampai tak nmpk rupe...)

Lepas lunch, kami dihidangkan dgn dessert iaitu ice cream. Tak sempat nak snap sb laku sgt. Pesta makan tu berlangsung dr tengahari sampai ke malam. After dinner, kami duk layan konsert AF 6 kat Youtube. Terasa cam duk kat Msia kami malam tu... Dgn masakan dan rancangan TV cam tu, so, terlepas lah rindu pada Msia tercinta. Alhamdulillah...

Tuesday 1 April 2008

South UK Trip


I juz came back from a trip to the south of UK. It was exciting and tiring. We traveled by car for 4 days. And it was unorganized trip as i would say. We traveled to Cardiff and Bath on the first and overnite at Plymouth. It was tiring coz we traveled at 5am until 10pm non stop. On second day, we went to Eden Project and Lands End, interesting places to visit but the weather is not what we expect to be. The rains pouring in the afternoon until nite. And the timing was sooooo not right, we arrived at the Lands End at 6.55pm and we couldnt enjoyed the sight seeing.... On our third day, we stopped at every town that we past through and it was raining all day long...

It is an exciting journey but I could not enjoy it truly. It is not because of my daughter (she's suppose to be the sunshine in our trip, right!!). I think the trip is not parent-child friendly. It was meant for the girls who wanna have fun!! I'm not that girl anymore. I need to think of my daughter... And it makes me feel drifted away from the group. I missed all the fun and I have a hard time to enjoy myself while looking after my daughter.

Bukan aku nak kata yg Aizara tu restricted my fun tp aku tak dapat share kesusahan aku tu ngan kawan2. Lain bila berjalan ngan kawan2 ni. Klu ngan famili, kita boleh nak suruh tgk2kan anak sekejap while I'm enjoying myself. Especially ngan husband, tentulah boleh bergilir2 jaga anak, buat susu, tukar lampin, berhenti rehat, berhenti makan. Ngan kawan ni, they have their own agenda and plans. And of course diaorg nak enjoy themselves kan, but at least have some thought and perihatin to this parent and child, right, share the burden. Tp sapa lah aku nak bagitau benda2 cam ni kat diorg.

Friday 21 March 2008

Finally I finished it all....


After 2 week I've been struggled to finished 3 assignments in a row, now I'm free..... With Ester break, Ester feast and Ester sales, I feel so alive now.... Lots of time for me and my daughter... Lots of leisure time to spend... Oooowwww, what a wonderful world!!!! Tersangatlah leganye bila semua assignment dah siap and dah submit.... Cukuplah dua minggu berhempas pulas dgn journal2.... Sampai bilik semak macam tongkang pecah, Aizara plak lack of attention, main sorang2, tido sendiri, dapur berkecah, kain tak berbasuh, tak bersidai dan tak berlipat. Aku tersangatlah tidak larat....

Agak payah jugak belajar and jaga anak ni.... Sorang plak tu. Mana nak buat assignment, mana nak jaga anak, nak buat susu, nak masak dan buat keje rumah. Sebelum ni, aku selalu share house chores and jaga anak ngan hubby. Dia selalu tolong aku, malah aku sebenarnye di"pampered" by him. Byk keje2 rumah, hubby aku yg buat. Tugas aku, cuma jaga anak je supaya tak meragam. Selebihnye, dia yg buat. Bila dah sorang kat sini, dgn tanggungjawab terhadap study dan anak, sometimes aku rasa sgt letih dan aku need a break. Sampai muka pun terkena outbreak. Tak sabar nak habiskan study ni. Tinggal 6 bulan saja lg, and lepas tu, aku kembali kepada kehidupanku yg normal. Oooo, tak sabar rasanye nak balik Msia....

Tuesday 11 March 2008

Aku masih malas....


Aku tak tau kenapa aku malas sangat.... Dari minggu lepas lagi... Minggu lepas boleh dimaafkan sb laptop kene serangan spyware. Skrg ni, laptop dah ok, tp orgnye pulak tk ok. Entah apa yg mengganggu fikiran pun, aku tak tau la... Ada assignment nak kene antar by 14th Mar. ni. Anak plak, tak bagi sentuh keyboard, katanye, "Ibu jangan la buat keje. Nanti Aizara marah." Pastu, ajak jalan, "Aizara nak gi Msia...". Hmmm, Aizara pun dah boring duk sini, ye, Aizara?? Untuk hilangkan boring, ini le keje aku, blogging, surfing, uploading, commenting, chatting....

Rindu kat suami, famili kat msia, itu sudah tentu. Sudah biasa sgt, tp hati dan perasaan masih tak boleh cope ngan homesick ni. Anak plak, semalam mintak nak call abah dia. Dapat cakap ngan abah dia sekejap je.. Nak cakap lama tak boleh, mahal charge call per minute. Abahnye bz skrg. Sibuk dgn study, sampai tak leh nak luangkan masa bercakap or chatting ngan anak dan isteri dia kat sini... Sometimes, payah nak faham lelaki ni... Di mulut cakap sayang dan rindu... Tapi tak plak ditunjukkan kepada org yg tersayang dan dirindui.. Kita kat sini, bagai nak rak merindu...

Anyway, aku dah tak tahan sgt dah duk sini. Jauh dr famili, husband. Aku tak tau nak ke mana bila time boring cam ni... Dgn keje yg tak siap2 lg... Projek tak jalan2 lg... Cam mana nak balik Msia on time ni... hati dah meronta2 dah ni...

Last week shocking news


Today I created my blog account here. Actually I already have one in my friendster acc. and prefer to remain using that platform. Tp ada a few limitation, so I opened 1 in here. Lgpun, platform ni is created for blogging purposes, so its better to use this one. Tp aku tak leh nak janji la samada aku akan maintain ke tak blog ni... Aku tulis pun ikut mood and depend on what's happening in my life. Is it significant or not... Semua tu merupakan ignition factors for me to write a blog.

Like today, nothing significant happen in my life and my mood is so down, malas sgt2 walaupun keje bertimbun nak kene buat. Cuaca plak, punye lah gloomy... Buat aku rasa cam nak duk bawah duvet je.... Mulut pun, asyik nak mengunyah je... Cam mana nak diet ni???

Last saturday, Malaysia dikejutkan dengan keputusan pilihanraya umum ke 12. Aku kat sini pun terkejut. Tak sangka cam tu jadinye. Bilangan negeri yg jatuh ke tangan pembangkakng dah bertambah. Itu menunjukkan pilihan rakyat yg mahukan perubahan. Itulah akibatnye jika pemimpin alpa dengan kemahuan rakyat. Dasar2 yg diluluskan byk menekan rakyat. Rakyat sudah jemu dgn jawapan2 pemimpin yg tak pernah menyenangkan hati rakyat. Tp apa yg paling sweet dlm pilihanraya kali ni adalah, kejatuhan empayar SAMY VELU setelah beberapa lama dlm MIC dan juga Kementerian Kerjaraya. Selalunye apabila ada isu mengenai tol, jalanraya, lebuhraya atau isu dlm MIC sekalipun, pasti dia akan kluar dlm berita dan memberi jawapan yg angkuh dan menyakitkan hati rakyat. Tp, bila kluar result pilihanraya, smpi ke hari ni, aku tak tgk muka dia dlm berita. Tak ada sepatah ulasan pun kluar dr mulut dia yg dipaparkan di dada akhbar. Apa sudah jadi? SAMY VELU kehilangan suara ke? Apa pun, aku bertepuk tgn di atas kejatuhan dia. Dan aku harap, pilihanraya kali ini membuka mata kepada kerajaan BN agar lebih peka terhadap kemahuan rakyat. Jangan buat dasar tanpa mengkaji consequences terhadap rakyat. Sesungguhnye tanggungjawab pemimpin adalah memperjuangkan nasib rakyat, bukan menekan rakyat. Aku harap kerajaan lebih fokus terhadap perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat supaya rakyat mendapat kesenangan drp perjuangan tersebut.