Saturday, 20 December 2008

Mawi Kahwin dan aku masih selsema


Hari ni telah diwarwarkan hari Mawi dan Ikin nikah dan majlis tersebut disiarkan secara langsung di Astro Oasis, Channel 106. Aku pasti ramai yang menonton siaran ni dan yang paling pasti aku adalah salah seorang yang terlepas untuk menyaksikan siaran ni... huhuhu.... Semalam one of colleague dah warwarkan kat ofis pasal ni dan aku totally lupa about it... Maybe sebab selsema aku yang tak reda2 ni buat aku lupa.... Lagipun aku duk tgh gila main pc games... Pada waktu siaran tu, aku duk tgh asyik mencari barang yang tersorok dalam game tu... hahaha...

Aku ni bukan la die hard fan si Mawi ni, tapi aku sangat kagum dengan nasib dan rezekinya yang melimpah ruah selepas dia menang AF3. Tapi aku akui yang aku suka suara Mawi ni, suara lelaki. Kalau kena dengan lagu atau irama, semesti aku terhibur bila dengar lagu dia. Dan Ikin pulak, dia adalah antara wanita yang bertuah sebab dapat tangkap Mawi ni. Almaklumlah, umum dah mengetahui yang Mawi ni berduit. Rezeki dia pun masih lagi melimpah, walaupun ada yang mengatakan nama Mawi ni kian tenggelam.

Apa yang menjadi persamaan antara perkahwinan aku dan Ikin adalah aku dan Ikin berkahwin pada umur yang sama, iaitu 29 tahun dan jarak umur suami aku dan Ikin adalah dua tahun lebih muda dari kami.... hahaha.... Secara kebetulan je.... I was suprise to know that... hahaha.... I think ramai lagi pasangan lain yang ada persamaan ni, cuma aku saje je nak citer kat sini... Just to make my post more interesting....

Di saat Mawi dan Ikin sedang bahagia melayari hari mereka sah menjadi suami isteri, aku di sini sedang berhempas pulas bergelut dengan selsema yang dah seminggu menyumbat hidungku ini. Tak ada tanda2 ia akan reda. Kepala pulak berdenyut2 sejak dari pagi lagi. Nasib baik la tak demam. Anak aku pulak tak abis2 tanya "Ibu tak sihat ke?" Perihatin sungguh Aizara ni.... Aku berdoa semoga Mawi dan Ikin kekal bahagia ke akhir hayat dan semoga aku sembuh dari selsema ni. Dan aku tak ralat sangat pasal terlepas tengok majlis akad nikah Mawi ni sebab aku pasti mesti akan ada siaran ulangannya. Anyway, thanks to ohbulan @ http://www.ohbulan.com/ sebab begitu pantas post thread pasal majlis nikah Mawi-Ikin siap dengan gambar sekali. Dapat jugak aku tengok gambar diaorang walaupun mutu gambar agak kurang menyenangkan. Aku yakin, peminat2 Mawi dan Ikin mesti berterima kasih gak kat ohbulan sebab bagi update paling cepat sekali pasal majlis ni.... Sapa2 yang terlepas tengok siaran langsung majlis pernikahan Mawi-Ikin, boleh layari website ni untuk tengok siaran tersebut
http://www.selebriti.tv/media/163/Majlis-Akad-Nikah-Mawi-dan-Ikin/

2 comments:

Mr. Right said...

Aku dengar ramai yang tak senang budak kecil membaca doa selepas majlis akad nikah Mawi dan Ekin. Mungkin nampak cute, tapi majlis yang cukup serius sebegitu tidak patut 'dicutekan'. Wallahuallam.

- Short Talk -

Ibu Aizara said...

Entah le, asalkan doa tu sampai dan dimakbulkan, alhamdulillah.... Sebaiknya pengantin yg bacakan doa tu sendiri, itu lebih afdal dan gempak, bukan.