Tuesday 23 December 2008

Selsema ke resdung???

Adussss, sakit sungguh hidung aku ni. Sengal2 kat batang hidung rasa sampai ke gusi.... Kiranya rasa sengal tu aku rasa di seluruh muka.... Bukan sengal biasa ni, rasa cam berdenyut2 pun ada. Suara pun masih lagi sengau. Adakala hidung aku tersumbat sampai tak leh nak bercakap. Penyakit apa ni? Kalau selsema, takkan rasa cam ni... Ke resdung?? Dah beberapa hari dah aku duk menanggung sakit. Rasanya tak lah sakit sangat, tapi tak selesa la.... Sometimes rasa sakitnya sampai ke kepala. Adusss...... Apa lah ubat nak bagi hilang rasa sengal ni?? Semalam dah makan panadol nak bagi hilang rasa sakit ni, tapi tak hilang2 pun.... Kalau penyakit ni penyakit resdung, nampaknya nak kene cari ubat resdung la ni. Hai, nak kene pegi klinik la ni....

Saturday 20 December 2008

Mawi Kahwin dan aku masih selsema


Hari ni telah diwarwarkan hari Mawi dan Ikin nikah dan majlis tersebut disiarkan secara langsung di Astro Oasis, Channel 106. Aku pasti ramai yang menonton siaran ni dan yang paling pasti aku adalah salah seorang yang terlepas untuk menyaksikan siaran ni... huhuhu.... Semalam one of colleague dah warwarkan kat ofis pasal ni dan aku totally lupa about it... Maybe sebab selsema aku yang tak reda2 ni buat aku lupa.... Lagipun aku duk tgh gila main pc games... Pada waktu siaran tu, aku duk tgh asyik mencari barang yang tersorok dalam game tu... hahaha...

Aku ni bukan la die hard fan si Mawi ni, tapi aku sangat kagum dengan nasib dan rezekinya yang melimpah ruah selepas dia menang AF3. Tapi aku akui yang aku suka suara Mawi ni, suara lelaki. Kalau kena dengan lagu atau irama, semesti aku terhibur bila dengar lagu dia. Dan Ikin pulak, dia adalah antara wanita yang bertuah sebab dapat tangkap Mawi ni. Almaklumlah, umum dah mengetahui yang Mawi ni berduit. Rezeki dia pun masih lagi melimpah, walaupun ada yang mengatakan nama Mawi ni kian tenggelam.

Apa yang menjadi persamaan antara perkahwinan aku dan Ikin adalah aku dan Ikin berkahwin pada umur yang sama, iaitu 29 tahun dan jarak umur suami aku dan Ikin adalah dua tahun lebih muda dari kami.... hahaha.... Secara kebetulan je.... I was suprise to know that... hahaha.... I think ramai lagi pasangan lain yang ada persamaan ni, cuma aku saje je nak citer kat sini... Just to make my post more interesting....

Di saat Mawi dan Ikin sedang bahagia melayari hari mereka sah menjadi suami isteri, aku di sini sedang berhempas pulas bergelut dengan selsema yang dah seminggu menyumbat hidungku ini. Tak ada tanda2 ia akan reda. Kepala pulak berdenyut2 sejak dari pagi lagi. Nasib baik la tak demam. Anak aku pulak tak abis2 tanya "Ibu tak sihat ke?" Perihatin sungguh Aizara ni.... Aku berdoa semoga Mawi dan Ikin kekal bahagia ke akhir hayat dan semoga aku sembuh dari selsema ni. Dan aku tak ralat sangat pasal terlepas tengok majlis akad nikah Mawi ni sebab aku pasti mesti akan ada siaran ulangannya. Anyway, thanks to ohbulan @ http://www.ohbulan.com/ sebab begitu pantas post thread pasal majlis nikah Mawi-Ikin siap dengan gambar sekali. Dapat jugak aku tengok gambar diaorang walaupun mutu gambar agak kurang menyenangkan. Aku yakin, peminat2 Mawi dan Ikin mesti berterima kasih gak kat ohbulan sebab bagi update paling cepat sekali pasal majlis ni.... Sapa2 yang terlepas tengok siaran langsung majlis pernikahan Mawi-Ikin, boleh layari website ni untuk tengok siaran tersebut
http://www.selebriti.tv/media/163/Majlis-Akad-Nikah-Mawi-dan-Ikin/

Thursday 18 December 2008

Amazing stuff....

Aku dok baca2 email yg dihantar oleh boss aku. So ada satu email yg agak menarik.... Semua isi kandungan dlm email tu agak menarik, tapi aku juz share some of it only, ok...

  1. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321(klu tak caya, try le kira pakai calculator)
  2. The first couple to be shown in bed together on prime time TV were Fred and Wilma Flintstone.
  3. Q: If you were to spell out numbers, how far would you have to go until you would find the letter 'A'? A: One thousand
  4. Every day more money is printed for Monopoly than the U.S. Treasury.
  5. Men can read smaller print than women can; women can hear better...
  6. Now.... Don't delete this just because it looks weird.. Believe it or not, you can read it.
  • I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a word are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the
    word as a wlohe. Amzanig huh?

Filem 'Histeria'

Aku baca artikel pasal filem ni dalam paper hari ni... Aku tgk trailer citer ni pun, agak menyeramkan tp tak tau la sejauh mana keseraman citer ni... Kot2 la dlm trailer diorg sunting part2 yg menarik je kan... Menurut artikel yg aku baca, dlm filem ni terdpt satu scene di mana pompuan ngan pompuan kissing each other. Kiranye ni babak aksi lesbian la ni... menurut artikel yg aku baca ni, pertama kali penonton dpt menyaksikan babak pompuan cium pompuan kat filem. Maknanye FINAS lepaskan adegan ni la kan.... Aku pelik cam mana babak cam ni boleh dilepaskan... Apa justifikasi FINAS melepaskan babak ni... Aku tak rasa aksi cam ni perlu dipertontonkan... Ia seolah2 membenarkan perbuatan seperti ni di khalayak ramai... Tak gitu...? Bukan kah perbuatan tu diharamkan di sisi agama? Dan apa plak motif pengarah mengadakan babak seperti ni? Adakah untuk menunjukkan scenario sebenar lesbian atau sekadar untuk lakukan filem dia? Tak faham....

Trip to Bukit Merah Lake Town Resort - Part 2

Finally I was not alone in this trip. Last Sunday morning, my husband told me that he can follow me in this trip. At first I was not sure about him joining me in this trip. But when he said he gonna go home and pack his stuff, baru la aku percaya. So we departed from my sister's house at 5pm and arrived there at 8.30pm. The hotel that we stayed called Suria Apartment. The room was quite orait, got lots of spaces (coz masa call org hotel ni tanya pasal keadaan bilik, dia kata bilik cam hotel je). Rugi jugak adik aku tak dpt join this trip. Klu ikut plan asal, adik and her family nak join this trip. Tp sb bilik kecik, so dia tak jadi nak ikut. So, the meals were provided only to me, and I decided to take turn to use the coupon. We stayed there for 2 nights and 3 days.

Overall aku rasa this hotel needs to do lots of changes to get more guests to visit their hotel. Sb aku rasa hotel ni a bit costly jika nak dibandingkan service yg diorg offer. Klu ikutkan, bilik yg disediakan pun mempunyai basic facilities je, toiletries pun agak basic (juz sabun, shampoo and bath gel je...), tong sampah pun satu. Pastu sofabed yg disediakan pun tak comfortable and its so basic, kusyen sofa dijadikan tilam... I think they should provide more facilities to give comfortness to the guest. Cuma yg aku kagum, kolam mandi kat hotel tu, punye la besar.... cantik plak tu... Anak aku gi mandi dr pukul 9am sampai pukul 11 baru dia naik.... Seronok sangat dia dpt mandi kolam... Tp hubby aku plak lupa bwk camera, so tak de la shot masa anak aku tgh mandi....

Food pun ok gak la but it is not variety. Hidangan pun agak basic especially food for morning tea and afternoon tea. I think it should be upgraded becoz they charged quite expensive on the food. Then tak de extra thing yg diorg offer. Mintak kupon utk partner at least for one meal a day pun tak nak bg. Agak kedekut.... I think they need to upgrade their service and offer lots of promotion. Baru la ramai org pilih utk stay at their hotel, kan...

Saturday 13 December 2008

Aizara 1st visit to cinema...

Cuti hari raya haji hari tu, aku continue cuti for 2 more days. So, on last wednesday, aku ngan adik aku bawak anak2 kami and 2 orang adik kami ke One Utama to watch Madagascar Escape to Africa. This is the first time aizara ke cinema. Aku pun tak sabar nak tengok gelagat dia kat panggung. Bila dah masuk je, dia excited giler la tengok tv punye la besar... Pastu, bila lampu tutup je, dia cakap kat aku, ibu, gelap, ibu. Kenapa gelap, ibu? Pastu aku suruh la dia senyap and tengok citer tu kan... Tp dia duduk tak diam, resah semacam je... Kepala duk toleh sana, toleh sini, duk tengok orang gelak (macam boleh nampak dalam gelap tu). Aku tegur dia suruh diam, dia diam sekejap. Pastu duk tak diam balik... Tetiba dia cakap dia nak duk atas riba aku. Aku pun pangku je la dia. Takut dia sejuk la kan. Maklumlah, dia bukak jaket dia sebaik saja sampai kat seat. Tak lama lepas tu, dia senyap, kepala pun terlentuk2. Rupe2nye dia tido.... Sabor je la... Agaknye sb gelap, terus je mata jd ngantuk... Org lain punye la gelak bagai nak rak, yang dia tido punya la nyenyak... Aizara, aizara...

































Muka Aizara yg baru bangun tido..hahaha







Lupa pulak aku nak komen citer Madagascar ni. Bagi aku, citer ni memang interesting, exciting, funny and lots of good values in it. Pelbagai kisah yg diselitkan, kisah kekeluargaan, persahabatan dan unity in animal kingdom. Watak yang aku paling suka adalah penguin yang ala2 gangster gitu. Tapi penguin ni bijak, dia lah yang mengepalai escape plan yang tak sampai tu.... Dalam Madagscar yg 1st pun, penguin tu jugak yang hijack kapal laut yang bawak diorg ke Madagascar. I recommend sesiapa yang nak tengok citer yang ringan dan kelakar, should watch this movie. This movie is not for kids only, adults can also enjoy it.

Friday 12 December 2008

Trip to Bukit Merah Lake Town Resort


Next week aku kene outstation ke Bukit Merah Lake Town Resort. Sejak dari minggu lepas lagi kepala aku tak habis2 fikir pasal trip ni. Bukan apa, this trip suppose to be fun but at the end it's gonna be bored and not fun. This is what I feel now. Sebabnya, aku kene tinggal anak kesayangan aku ni kat adik aku. Pada awalnya aku plan nak bawak dia sekali. Tapi 'baby sitter' sementara aku (adikku la tu, yg no. 6), mintak nak balik kampung. Puas aku pujuk dia ikut aku, tp dia nak gak balik kampung.... So, I have no choice selain bg dia balik... So, sekarang, aku rasa berat hati nak gi outstation. Lebih2 lagi I have to drive alone and leave my princess for 4 days... Poor her... Cam mana la nak pujuk anak aku tu, supaya duk ngan auntie dia? Dah lama dia tak kene tinggal...

Grrrr.........


I'm not in the good mood this morning... Pagi ni agak kelam kabut bersiap pegi ofis... Kene iron baju, kejutkan husband, mandi, mandikan anak, siapkan diri sendiri, siapkan anak, siapkan baju dan susu anak, tengok2 jam, aku lewat lagi... So, bawak kete pun cam pelesit, laju, pastu, sibuk mencilok sana sini... Sampai kat exit nak masuk ke Pejabat Kerajaan di Putrajaya tu, ada plak sorang mamat ni, bawak kete ala2 kura2 gitu... Bila aku nak potong je, dia tekan minyak kasi laju sikit... Nyaris2 nak bergesel... Aku punya la menyumpah dalam hati.... Pastu masa aku nak antar anak aku ke taska plak, ada satu kete ni duk tunggu kete depan nak reverse ke nak parking ke, aku pun tak tau... Dah aku nak kene tunggu plak... Dah la aku ada meeting pukul 9 ni... Sekali lagi aku maki hamun dalam hati... Huh!!! Tak tau nak marah kat pemandu ke or Putrajaya Holding, sebab built office building without considering parking for public. Mana2 kelompok (parcel)pun pegi, sama je senarionye... Ramai public mengeluh... Yang aku peliknye kenapa tak de corrective action on this matter???

Thursday 11 December 2008

Paling Latest Update

Hmmmm, punye lah lama aku tak bukak blog aku ni, dari masa aku masih kat UK sampai lah ke pulangnya aku ke tanah air. Dan banyak jugak lah citer2 kehidupan aku tak aku abadikan dalam blog aku ni spt;

- saat2 aku meninggalkan daerah Leeds dan bumi UK
- sambutan hari raya aidilfitri bersama keluarga (reunion 2008)
- saat2 kembali bekerja setelah setahun bercuti
- dan perjalanan kehidupanku setelah kembali dari cuti belajar

Nampak macam sikit je, tapi, ada banyak benda berlaku in between of all event... Nak tulis, rasa cam tak larat, cukuplah aku abadikan some photos to story these events....
In front of Leeds Market (a day before leaving Leeds)

Friends who are escorting us (me and Aizara) to depart from Leeds Airport

Aizara's first day in Kampung...

Reunited family...