Monday 11 May 2009

Suatu ketika di petang Isnin......

Part I

On the way back from office (this is always the time the incident happen), aku ngan hubby duk sibuk berborak. Aizara plak sibuk duk on radio. Kebetulan lagu yg dia suka tgh ke udara. Dia pun panjang je tangan meng'adjust' volume. Keta aku plak keta lama, klu silap sentuh skit volume controller tu, sama ada bunyinye jd tersangat kuat atau tersangat perlahan. Hasil adjustment dia tu, volume radio jd perlahan. Aku pun terus lah membebel kat dia, "Tu la, sapa suruh pegang2 radio, kan dah tak dengar tuh!!" Dia pun terus merengus, "Huh!!" sambil berpeluk tubuh. Aku pun try la adjust supaya dpt volume yg biasa kami, Try, try tak dapat.... Pastu, dia pun terus cakap, "Tu la, sapa suruh pegang2 radio, kan dah tak dengar tuh!!" Aku pun terus toleh kat dia... Hati aku bercakap, "Eh, aku plak kene....." Sabar je la....


Part II


Td kami dinner ala2 Itali gitu. Menunya, Carbonara Spagetti dan Pasta Tuna. Masing2 asyik menikmati makan malam, Aizara pun tak terkecuali. Tp cam biasa la, Aizara ni bkn tau nak diam, asyik bercakap aje. Abis, makcik2 dia plak suka menyakat dia. Pastu, agaknya sb dah lama tak makan Italian Food, kan, masing2 makan menambah. Aku pun cakap kat Aizara, "Tgk tu, cik Wa tambah...."Pastu, Aizara pun menambah "Hish!!!" Sambil menjelirkan lidah dia. Pastu dia cakap lagi, "Aizara jeling lidah ni.." Aku pun toleh kat dia sambil tanya balik kat dia, "Hah, Aizara jeling lidah???" Pastu semua org ketawa......