Monday, 21 February 2011

Aku seorang Mary Kay Beauty Consultant - The History

Yup... aku seorg MARY KAY Beauty Consultant (BC)... Bagaimana aku boleh terjerumus sebagai BC? Biar aku citer sejarah kulit muka ku dulu...

BACKGROUND

Wajah aku ni tak pernah lekang daripada masalah kulit berminyak. Sejak aku mula meningkat remaja sehingga la setahun yang lepas. Muka aku ni kalau org tengok tengah panas, gerenti silau mata orang tu sebab berkilat-kita dan memancar-mancar cahaya matahari yg terpantul. Pastu, kalau minyak tak dapur abis, boleh le ambik minyak kat muka aku ni. Bukan setakat masalah minyak je, jerawat pun tumbuh macam cendawan kat muka aku ni.... Pipi aku jadi kemerah-merahan sampai aku tak payah pakai pemerah pipi... Kalau jerawat saja aku tak de la kisah sangat. Tapi siap dengan blackhead dan whitehead. Memang package la muka aku ni. Itu keadaan mukaku masa aku sekolah menengah.

Bila aku belajar kat universiti, hormon aku dah stabil agaknya, so jerawat hilang. Tapi masalah kulit berminyak masih menghantui wajah aku. Blackhead dan whitehead pun masih bertapak di muka aku. Aku cover blackhead dan whitehead tu pakai krim Safi dan bedak compact J&J. Dari jauh nampak licin. Tapi bila dekat, memang nampak blackhead and whitehead dan pores yang sangat-sangat besar. So, ok la drp ada jerawat, kan...

Tp after I gave birth to my 1st daughter, jerawat datang balik. Tak la byk sgt, tp sepanjang masa jerawat akan ada di muka. Surut satu, naik satu... Klu bad luck, surut satu naik dua. Kemudian aku gi sambung belajar kat Leeds, UK. One of my friend said to me before I fly that, my skin will be better klu duk kat UK sb kat sana sejuk... Tp yg berlaku sebaliknya. Muka ku kene acne attack sampi aku takut nak tgk muka aku. Tersangat banyak dan kemerah-merahan. Tak putus-putus naik jerawat. Dari jerawat halus hingga jerawat batu ada kat muka aku. Aku try banyak produk masa kat UK but at the end I stick on BODYSHOP Tea Tree Oil set utk kulit berminyak dan berjerawat. Bila aku pakai produk tu, jerawat kurang skit walaupun masih ada. Aku continue pakai set tu sampai aku balik semula ke Malaysia (aku kat UK cuma setahun je...). Aku sempat beli 3 kali sebelum aku diperkenalkan dengan produk MARY KAY.

Sambungan citer ni, please visit http://idamarykaybc.blogspot.com/

No comments: