Monday, 21 February 2011

Aku seorang Mary Kay Beauty Consultant - The History

Yup... aku seorg MARY KAY Beauty Consultant (BC)... Bagaimana aku boleh terjerumus sebagai BC? Biar aku citer sejarah kulit muka ku dulu...

BACKGROUND

Wajah aku ni tak pernah lekang daripada masalah kulit berminyak. Sejak aku mula meningkat remaja sehingga la setahun yang lepas. Muka aku ni kalau org tengok tengah panas, gerenti silau mata orang tu sebab berkilat-kita dan memancar-mancar cahaya matahari yg terpantul. Pastu, kalau minyak tak dapur abis, boleh le ambik minyak kat muka aku ni. Bukan setakat masalah minyak je, jerawat pun tumbuh macam cendawan kat muka aku ni.... Pipi aku jadi kemerah-merahan sampai aku tak payah pakai pemerah pipi... Kalau jerawat saja aku tak de la kisah sangat. Tapi siap dengan blackhead dan whitehead. Memang package la muka aku ni. Itu keadaan mukaku masa aku sekolah menengah.

Bila aku belajar kat universiti, hormon aku dah stabil agaknya, so jerawat hilang. Tapi masalah kulit berminyak masih menghantui wajah aku. Blackhead dan whitehead pun masih bertapak di muka aku. Aku cover blackhead dan whitehead tu pakai krim Safi dan bedak compact J&J. Dari jauh nampak licin. Tapi bila dekat, memang nampak blackhead and whitehead dan pores yang sangat-sangat besar. So, ok la drp ada jerawat, kan...

Tp after I gave birth to my 1st daughter, jerawat datang balik. Tak la byk sgt, tp sepanjang masa jerawat akan ada di muka. Surut satu, naik satu... Klu bad luck, surut satu naik dua. Kemudian aku gi sambung belajar kat Leeds, UK. One of my friend said to me before I fly that, my skin will be better klu duk kat UK sb kat sana sejuk... Tp yg berlaku sebaliknya. Muka ku kene acne attack sampi aku takut nak tgk muka aku. Tersangat banyak dan kemerah-merahan. Tak putus-putus naik jerawat. Dari jerawat halus hingga jerawat batu ada kat muka aku. Aku try banyak produk masa kat UK but at the end I stick on BODYSHOP Tea Tree Oil set utk kulit berminyak dan berjerawat. Bila aku pakai produk tu, jerawat kurang skit walaupun masih ada. Aku continue pakai set tu sampai aku balik semula ke Malaysia (aku kat UK cuma setahun je...). Aku sempat beli 3 kali sebelum aku diperkenalkan dengan produk MARY KAY.

Sambungan citer ni, please visit http://idamarykaybc.blogspot.com/

Sunday, 20 February 2011

Kosmetik Tiruan: Pengguna perlu berhati-hati

Pengguna barangan kosmetik dinasihatkan berwaspada dengan produk kosmetik tiruan kerana kandungannya sangat berbahaya dan dikhuatiri boleh merosakkan kulit serta mendatangkan kesan kepada sel dalam badan.

Kosmetik yang dicampur RACUN HIDROKUINON bukan saja memberi alahan teruk kepada wajah, malah penyerapannya dalam darah melalui kulit boleh memberi kesan kepada organ dalaman.

Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd. Hatta Ahmad, kandungan kosmetik ibarat bom jangka kepada mereka yang gemar menggunakannya kerana kebanyakannya mengandungi hidrokuinin dan tretinoin.

Penyerapan hidrokuinon dalam darah melalui kulit dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan sawan, pendengaran berdengung, pertuturan menjadi sukar difahami, perasaan lemas, mual dan muntah, kekejangan otot serta sakit kepala.

"Kesan luaran pula ialah kulit menjadi hitam terutama jika terdedah kepada cahaya matahari, lebih sensitif dan mudah terluka, kering dan gatal serta menghalang proses pigmentasi. Ia mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan boleh mendedahkan pengguna kepada risiko KANSER KULIT.

"Begitu juga dengan kesan sampingan penggunaan tretinoin yang boleh menyebabkan rasa terbakar pada kulit, kegatalan, kulit menggelupas dah kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra ungu," katanya.

Individu yang melakukan kesalahan menjual kosmetik tanpa kelulusan pihak berkuasa kesihatan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,00 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM50,000 untuk kesalahan pertama dan tidak melebihi RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Hatta berkata, masyarakat perlu bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan produk kosmetik tiruan yang membanjiri pasaran tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

"Kosmetik yang tidak diiktiraf sebenarnya amat menakutkan kerana ia boleh merosakkan sel dalam badan secara perlahan-lahan," katanya.

Dipetik dari BERITA HARIAN, Ahad, 20 Febuari 2011.

Thursday, 17 February 2011

Kerana Salah Faham...


"Kadang2 sebuah persahabatan yg dibina berpuluh tahun lamanya boleh musnah hanya kerana sesaat salah faham yang melanda...."
Itu lah kata2 yg ku tulis di status FB ku. Bkn sekadar ucapan tetapi ia menggambarkan apa yg ku alami dan ku rasai akhir2 ini. Hanya kerana salah faham dan syak wasangka serta bawaan mulut seseorg yg suka melihat org bergaduh menyebabkan seseorg itu berubah tingkahlaku. Disebabkan itu, aku rasa suasana pejabat sudah tidak seperti dulu. Kalau dulu, kami sentiasa berkongsi cerita, luahan rasa dan pendapat dan bergelak ketawa, dan sekarang semua tu berkurangan... Tiada tegur dan sapaan yg ceria seperti dulu, tiada perkongsian maklumat dan luahan rasa, tiada perkongsian cerita kehidupan kami sehari2.

Aku sgt keliru sekarang, sama ada aku perlu pulihkan keadaan atau biarkan masa menentukan segalanya... Sekiranya aku memilih untuk memulihkan keadaan, maka aku perlu merendah diri dan memohon maaf di atas segala salah faham dan kekeliruan yang timbul atau just let the time heals everything... which require patient in my heart to bare with this miss communication, cold and silence treatment and never ending doubt and mistrust... Do I have the strength to face this???

Monolog: I'm finding the strength to face the day....

Friday, 11 February 2011

Changes

Hmmm, now it's already middle of February of new year, 2011. There's a lot of changes in life but i still did't have time to update my blog... It was so long ago, my last update was back in august last year. No other excuses to be given except lazy and no interest to write at that time... And now, boredom is hitting me and I have no one to talk to.. I guess I need something to let out my mixed feeling...

Yes, there's a lot of changes in my life;

  1. There's a new member in my family
  2. Aizara goes to new school and has to deal with other kind of friends everyday (which I have to listen to her story everyday...)
  3. Office environment is so different after I come back from my long leaves.... (everybody is busy with their own things... laughing and chatting become lesser and lesser.... turn the lively office to a very dull office... that's what i feel)
  4. Cold and dead friendship with old time friend... (which really make me sad....)

First 2 changes are positive changes, which I really, really happy with those changes. But 2 latter changes are really devastating me... My character change a bit because of it. I used to be a person who love to talk, love to share things and now.... I become a bit quiet, isolated from others and feel awkward to join the group (that my old friend is in) that is gossiping while having lunch... I feel awkward to 'terjah' (which I always do)... I feel awkward to 'sembang, sembang' freely with my officemates.... I really lost my identity... I lost focus in life. I feel uneasy all the time during working time.. The only peace that I felt is at home....

The word 'why, why, why' is always in my mind... Why??? There is an incident happen last 2 weeks which cracks the friendship that we built for years. Just because of the HEARSAY and the BLACK HEARTED person who invigorate (or may be twist) things that I said and a reactive person who cannot accept comments from me and has some issues to face me.

Hmmm, when this gonna end? I really tired of this. I just need a new air to breath, a new environment to work in.... Just let time to decide what's gonna happen... Pray to Allah for the best.