Friday 6 January 2012

FACEBOOK Timeline....



Saya sgt suka Facebook Timeline saya....

Cerita kelakar semalam....

New Year Resolution....

Sedar tak sedar, hari ni dah hari ke 6 kita di tahun baru. Antara benda yang paling banyak diperkatakan ialah RESOLUSI a.k.a AZAM di tahun baru.... So, resolusi aku adalah:


Itulah resolusi aku untuk tahun ni. Ringkas dan padat... Tapi dalam kes BLOGGING ni, azam aku adalah untuk sentiasa meng'update' blog aku ni yang 4, 5 purnama skali aku update... Harap-harap tahun ni aku ada lebih masa untuk aku ber'blogging'...

Sunday 6 March 2011

Sambal belacan power....

Hari ni aku memang plan nak masak menu ala2 nasi kukus ngan ayam goreng berempah. Ayam goreng berempah aku dah sediakan tengahari semalam. And Kari Ayam plak memang aku bercadang nak try masak guna yogurt and susu full cream. Kiranya ni cam eksperimen la sb 1st time aku masak cam tuh... And satu lagi menu yg tak leh nak tinggal, iaitu sambal belacan...

So pagi2 tadi aku bangun and keluarkan ayam dari peti ais utk defrost naturally. 1st menu yg aku nk buat ialah sambal belacan. Aku tak guna limau nipis sbg asam utk sambal ni. Sebaliknya aku guna buah mangga water lily yg aku beli last 2 weeks bg menggantikan limau nipis. Buah mangga yg aku beli ni, mak aiii, masamnye tak usah nk cakap... Kulitnye je kuning tp rasanya cam buah 'mempelam darat'.. Klu korang tau la buah ni... klu tak tau, boleh tanya org terengganu or kelantan....

So, aku bersihkan cili api, kopekkan mangga, masukkan ke dalam blender. Masukkan juga ingredient yg paling penting iaitu belacan, garam dan gula secukupnye... kemudian start mengisar... Bila bukak je tutup blender tu... walla!!!! Baunye cukup mengancam....

ni la rupa sambal belacan power ku....

And then aku start masak kari ayam and goreng ayam berempah... Bila dah siap masak je, memang tak tunggu sejuk, aku terus makan... sb nak rasa juadah yg aku masak tu... Huh, memang menyelerakan (bagi aku la....). Mmg aku tak sabar2 nk update status aku kat FB, nk bgtau satu dunia yg sambal belacan aku mmg superb... (ala2 persan pun ada ni)..

Bila adik aku bangun, aku suruh dia gi makan... Sb nk suruh dia try sambal belacan paling best aku buat.... Dgn harapan dia puji la sambal belacan aku... Tp lepas dia makan, tak de plak dia komen apa2... Tau2 dia tambah nasi dua kali...

Bila semua benda dah settle, aku duk dpn pc la... berfesbuking... Tup, tup aku tgk ada komen and org post something on my wall... Somebody was saying that my sambal belacan ada iras2 sambal belacan arwah atuk aku, Ayoh.... Huihhh, kembang gak la lubang hidung ku ni sb adik aku cakap cam tuh.... Bg org yg tak tahu, mungkin hal ni tak de value... tp bg kami, sambal arwah Ayoh mmg tak de tolok bandingnye... sedap yg teramat sedap....

Aizara's 1st show

Hari ni aku menghadiri Taklimat Cendekiawan Educare Bersama Ibubapa. Ni kira 1st event yg aku pegi since aizara bersekolah kat sana. Masa kat Taska One dulu, tak de event2 cam ni... Yang ada sambutan hari spt Hari Guru, Maulidurrasul, Hari Raya, dsb...

There's only one acara je yg melibatkan budak2 taska, termasuk Aizara. Acara ni umpama simulasi bagaimana keadaan harian kanak2 di taska. I mean, simulasi pembelajaran kanak2 kat taska tu... So, Aizara pun ada mengambil bahagian. Aku seronok la tgk dia happy membuat persembahan... Cuma dia asyik terjengah2 mencari kami...

Taklimat ni menceritakan sistem yg digunakan utk mendidik anak2 yg dihantar ke situ. Klu mengikut taklimat yg dinyatakan, aku rasa aku telah membuat pilihan yg tepat. Sb, menurut kata penaungnya, pendekatan yg dibuat ke arah mencintai Allah dan Rasul2nya... Byk benda yg telah mereka ajar kpd Aizara spt;

i- Mencintai Allah dan Rasul2nya
ii- Nama-nama Allah
iii- Zikir kepada Allh
iv- Ucapan Syahadah
v- Pelbagai doa
vi- Mengenal Malaikat
vii- Hari Kiamat itu benar
dsb...

Mmg niat dalah hati aku supaya Aizara didedahkan dgn perkara2 seperti ni. Aku mahu menanam dan mengukuhkan iman di hati Aizara, supaya dia mengenal Allah serta rasul2Nya, supaya dia menjadi muslim yg sejati dan yg lebih penting, supaya dia menjadi anak yg soleh... Amin....

Friday 4 March 2011

Aizara mengaji

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku tengok Aizara mengaji. Starting from last 2 weeks, my hubby mengajar Aizara mengaji. This week plak is my turn to teach Aizara mengaji. Aizara tak de masalah nak mengeja dan mengenal huruf sebab di Taska One (her previous nursery) dia dah diajar mengenal huruf dan mengeja menggunakan teknik "IQRA'". So semasa mengajar, aku perasan yang dia boleh mengeja. Cuma sebutan huruf dan tajuid saja yang tak berapa betul. Cuma ada sekali sekala yang dia tersilap baca. Akhirnya berlaku dialog seperti di bawah;
Ibu: Ni mim mati...
Aizara: Kenapa mim tu mati?
Ibu: (tanya balik sb tak tau nk jawab) Ha, kenapa mim mati???
Aizara: Sbb dia kene tembak...
Ibu (dlm hati): Jujur sungguh jawapan tu... huhuhu....

Hadoiiii, aku ingat pengajaran IQRA' tu macam masa aku belajar dulu2... Rupa2nya, tekniknya sgt lain sekali. Aku pun tak pasti samada cikgu yang mengajar tu ada bagi penerangan mengenai tanda2 bacaan ke tak...


Aizara mengaji ngan abah...

Monday 21 February 2011

Aku seorang Mary Kay Beauty Consultant - The History

Yup... aku seorg MARY KAY Beauty Consultant (BC)... Bagaimana aku boleh terjerumus sebagai BC? Biar aku citer sejarah kulit muka ku dulu...

BACKGROUND

Wajah aku ni tak pernah lekang daripada masalah kulit berminyak. Sejak aku mula meningkat remaja sehingga la setahun yang lepas. Muka aku ni kalau org tengok tengah panas, gerenti silau mata orang tu sebab berkilat-kita dan memancar-mancar cahaya matahari yg terpantul. Pastu, kalau minyak tak dapur abis, boleh le ambik minyak kat muka aku ni. Bukan setakat masalah minyak je, jerawat pun tumbuh macam cendawan kat muka aku ni.... Pipi aku jadi kemerah-merahan sampai aku tak payah pakai pemerah pipi... Kalau jerawat saja aku tak de la kisah sangat. Tapi siap dengan blackhead dan whitehead. Memang package la muka aku ni. Itu keadaan mukaku masa aku sekolah menengah.

Bila aku belajar kat universiti, hormon aku dah stabil agaknya, so jerawat hilang. Tapi masalah kulit berminyak masih menghantui wajah aku. Blackhead dan whitehead pun masih bertapak di muka aku. Aku cover blackhead dan whitehead tu pakai krim Safi dan bedak compact J&J. Dari jauh nampak licin. Tapi bila dekat, memang nampak blackhead and whitehead dan pores yang sangat-sangat besar. So, ok la drp ada jerawat, kan...

Tp after I gave birth to my 1st daughter, jerawat datang balik. Tak la byk sgt, tp sepanjang masa jerawat akan ada di muka. Surut satu, naik satu... Klu bad luck, surut satu naik dua. Kemudian aku gi sambung belajar kat Leeds, UK. One of my friend said to me before I fly that, my skin will be better klu duk kat UK sb kat sana sejuk... Tp yg berlaku sebaliknya. Muka ku kene acne attack sampi aku takut nak tgk muka aku. Tersangat banyak dan kemerah-merahan. Tak putus-putus naik jerawat. Dari jerawat halus hingga jerawat batu ada kat muka aku. Aku try banyak produk masa kat UK but at the end I stick on BODYSHOP Tea Tree Oil set utk kulit berminyak dan berjerawat. Bila aku pakai produk tu, jerawat kurang skit walaupun masih ada. Aku continue pakai set tu sampai aku balik semula ke Malaysia (aku kat UK cuma setahun je...). Aku sempat beli 3 kali sebelum aku diperkenalkan dengan produk MARY KAY.

Sambungan citer ni, please visit http://idamarykaybc.blogspot.com/