Hari ni aku menghadiri Taklimat Cendekiawan Educare Bersama Ibubapa. Ni kira 1st event yg aku pegi since aizara bersekolah kat sana. Masa kat Taska One dulu, tak de event2 cam ni... Yang ada sambutan hari spt Hari Guru, Maulidurrasul, Hari Raya, dsb...
There's only one acara je yg melibatkan budak2 taska, termasuk Aizara. Acara ni umpama simulasi bagaimana keadaan harian kanak2 di taska. I mean, simulasi pembelajaran kanak2 kat taska tu... So, Aizara pun ada mengambil bahagian. Aku seronok la tgk dia happy membuat persembahan... Cuma dia asyik terjengah2 mencari kami...
Taklimat ni menceritakan sistem yg digunakan utk mendidik anak2 yg dihantar ke situ. Klu mengikut taklimat yg dinyatakan, aku rasa aku telah membuat pilihan yg tepat. Sb, menurut kata penaungnya, pendekatan yg dibuat ke arah mencintai Allah dan Rasul2nya... Byk benda yg telah mereka ajar kpd Aizara spt;
i- Mencintai Allah dan Rasul2nya
ii- Nama-nama Allah
iii- Zikir kepada Allh
iv- Ucapan Syahadah
v- Pelbagai doa
vi- Mengenal Malaikat
vii- Hari Kiamat itu benar
dsb...
Mmg niat dalah hati aku supaya Aizara didedahkan dgn perkara2 seperti ni. Aku mahu menanam dan mengukuhkan iman di hati Aizara, supaya dia mengenal Allah serta rasul2Nya, supaya dia menjadi muslim yg sejati dan yg lebih penting, supaya dia menjadi anak yg soleh... Amin....
2 comments:
mane gmba nyaa...
post laa kt sni...nk tgk...msti best!!
Malas nye nk upload gambar... Biasa je show nye... no costume pun....
Post a Comment