Wednesday, 8 April 2009

Sepetang di Ofis.....

Petang tadi dlm kul 2.30 pm, tetiba telefon kat meja aku ni berbunyi.... Suara Kak Ani (PA Pengarah) kedengaran di corong telinga memaklumkan bahawa boss aku (Tuan Pengarah tersayang) memanggil aku untuk turut serta dalam mesyuarat. Sebenarnya Pengarah dah maklumkan pada aku pagi tadi, masa aku gi jumpa dia. Tapi aku tak pasti samada mesyuarat tu betul2 diadakan sebelah petang atau tidak sebab tiada memo pun kat meja aku.

So aku pun gi la ke bilik mesyuarat kat tingkat 5. Mesyuarat ni adalah antara department aku ngan researchers dari Universiti di Armsterdam yg mana diorang ni nak dapatkan sedikit maklumat yg diperluakan dalam research diaorg... Bila aku masuk bilik mesyuarat tu, ada dua ducth ladies yg kemudiannya memperkenalkan diri masing2... Kedua2 perempuan tu tinggi lampai dan rangka badan mereka agak besar..... So mesyuarat berlansung selama lebih kurang dua jam. Selepas mesyuarat the two dutch ladies requested to take photo with us.... So kami pun siap sedia ambik tempat. Pengarah dan KPP aku masing2 berdiri di sebelah dua2 dutch ladies tu... Kedua2 boss aku tak abis2 komen pasal ketinggian diaorg... After that all of us mintak diri la, kan....

Masa nak keluar dr bilik mesyuarat tu, KPP aku, cik Mad, masih lagi duk komen pasal ketinggian salah seorg dutch lady tu.... Dia kata, " Ishhhh, tinggi betul la pompuan tu...." Pastu, mulut aku terus lancar menjawab, "Susu diaorg kan bagus...." Tak sempat aku sambung cakap aku, KPP aku cam terkejut dgn cakap aku.... Pastu aku sambung lagi, " ye la, susu ducth lady.... keju diaorg pun best...." Pastu KPP aku pun respond, " Lerrr, aku ingatkan susu apa, cheh...." Aku pikir balik, aku ni salah cakap ke.... yg aku maksudkan susu lembu diaorg yg bagus, bkn susu yg lain..... Apa daa.... KPP aku yg melencong rupenye.... cheh.... Bila dia citer balik kat ofis aku, satu ofis duk gelakkan statement aku.... Aku plak ari ni mmg lurus, tak de pikir lain pun .... Cheh, sabo je la.....

No comments: