Wednesday, 16 September 2009

Sumpahan Baju Raya

After so long have not visiting my e-journal. It's not that I don't have time but as always, I'm too lazy to write... Besides, there's nothing much happen in life.... Semuanye bende rutin je... tp aku nak share this interesting story.... citer pasal preparation nak sambut raya le ni.... hehehehe...

Last June aku ngan adik aku, E plan nak gi tempah baju kat PKNS (sb kain baju yg kami beli agak la mahal. Adik2 aku yg lain pesan suruh gi tempah baju kat butik sb kain mahal. Antar kat kedia biasa takut kain rosak). So kami pun gi la PKNS. Tak sempat survey, adik aku terus ajak aku masuk satu kedai ni. Kedai ala-ala butik gitu la.... Nampak baju display dia not bad, cantik2 fesyennye.... Masuk lah kami ke situ... Kami pun bagitau ngan tuan kedai yg kami nak tempah baju. Pastu dia kata tempahan dah tutup.... Pastu kami baru nak pusing, dia pun cakap, boleh lah. Dua pasang je, kan.... Actually 3 pasang sb E antar 2 pasang... So, dia pun ambik la ukuran.... Dah la ukur sendat2... Pastu dia tak scatch pun design apa yg kami nak (padahal masa tu kami bawak majalah and tunjuk fesyen mana yg kami nak). Lepas kluar, E kata dia tak confident, dia nak gi ambik balik kain kitaorg... Tp aku fikir sb kami dah byr, so aku kata tak pe la kot.... Tp aku cakap ngan E tanye balik kat tuan kedai tu sb design baju aku dia tak scatch pun... So E gi la tanye balik kat dia, then dia kata dia ingat... Kitaorg pun melangkah pergi ngan hati yg sikit gelisah....

After 2 month (almost 3 month, walaupun tarikh siap baju sebulan lepas tempah) kami pun pegi la ke kedai tu nak ambik baju.... Ngan semangat berkobar2 nak tgk baju raya, kami melangkah masuk ke kedai tu... Pekerja kat situ hand over the baju to us utk dicuba... Cuba punye cuba, baju ku itu ketat... Pastu tak ikut design yg aku nak.... huhuhuhu.... menangis aku dlm hati..... E pun try gak. Bila dia tgk, baju dia pun tak ikut design yg dia nak.... pastu kain dia plak ketat kat peha... So pekerja dia pun cakap, 'tinggal dulu la kat sini, kami antar utk alter'. Dgn penuh kepercayaan kami pun tinggalkan kat sana... After 2 weeks, kami pegi lg ke sana (kedai ala2 butik tu..) utk lihat hasil alter tu.... Kuciwa sekali lg kami sb baju aku walaupun dibesarkan tp tak affect pun sb basi yg diambil utk baju tu kecik.... so mmg tak de kesan... Hasilnye sama, ketat gak.... Grrrrrr.... Baju E plak, dia alter tp lengan jd pendek sebelah.... Kain plak, dia tak alter lg!!!!

Apa lg, kami pun naik angin la.... Aku cakap ngan tuan kedai tu aku tak nak bayar balance duit yg aku tak bayar lg.... E pun sama ngan aku... Tuan kedai tu cakap mana boleh sb dia dah bayar tukang jahit... Pastu, aku pun kluarkanlah apa yg aku tak puas hati... Aku kata, dah la baju aku ketat, pastu tak ikut design lak tu.... Pastu dia kata, kata baju kurung moden, kan... Aku kata aku tak cakap baju kurung moden ke apa, aku tunjuk fesyen baju yg aku nak kat dlm majalah. Pastu dia tanya kami, tak tinggalkan majalah ke masa tu... Pastu E cakap, kami nak tinggalkan tp puan la tak nak sb takut hilang majalah tu.... Pastu aku stress lg kat dia yg aku tak nak bayar balance duit tu... E pun cakap yg sama... Aku tambah lg, kami rugi byk sb kain kami tu mahal. Then dia kata, ok lah klu cam tu, selamat la awak dunia akhirat... Apa dia ingat kami ni sengaja tak nak bayar ke.... Kami dah abis byk utk baju tu (kira rugi byk la...) , dia stakat rugi rm270 je... Angin satu badan kami ari tuh....

Pastu aku dgr citer, adik aku Iju pun ada masalah ngan baju raya dia.... Katanye tak ikut design and fesyennye simple sgt... Dia buat fesyen cekak kat tangan, katenye getah yg di letakkan kat tangan tu exposed (nampak)... so tak cantik la.... Then ari ni dgr citer dr adik aku Ya... Katanye baju raya dia yg dia basuh smlm terjangkit kaler... Pastu baju melayu anak dia plak tak cukup poket.... Memang kami ni terkena sumpahan raya tahun ni.... SUMPAHAN BAJU RAYA..... huhuhuhu...

Wednesday, 17 June 2009

Aizara Melekat....

Last week as usual, after office hour, when we're on our way home, aku bersuara kat Aizara, "Aizara, mintakkan ibu tisu....." Then aku dengar jawapan dia, "Tak boleh la ibu, Aizara melekat ni...." Melekat?, soal aku dalam hati... Bila aku toleh ke belakang aku tengok dia tengah berbaring.... Then dia jawab lagi, "Aizara tengah baring la ibu...." Lerrrr... itu ke yang dimaksudkan melekat??? Sabar je aku....

Back In Business....

Dah lama aku tak berblogging. Antara sebab musabab yg menahan aku dr berblogging adalah;

  1. bz dgn rutin kerja (it's only an excuse... heheheheh... but last month was really hectic. That's why there's a pause in my blogging activity)
  2. bz with my own life... (nak pindah, nak bercuti, nak beli kete baru, nak gi shopping, nak spend time with siblings, nak bla bla bla...... macam2 nak daaaa....)
  3. bz with my new facebook activity (FARM TOWN they call it... during office hour, during break, after office hour, during at home, sometimes, right after wake up from sleep.... gile betul!!!!)
  4. And lastly, nothing much happen in my life (Klu pun ada something yg happen in my life, may be time tu aku malas nak menaip dan ceritakan apa yg berlaku.....)
Minat datang dan pergi... dan datang balik.... semangat pun sama.... So skrg dtg balik semangat utk berblogging.... That's why there's a new entry in Cupcakes of My Life ni....

Bila la nak consistantly menulis ni....????

Monday, 11 May 2009

Suatu ketika di petang Isnin......

Part I

On the way back from office (this is always the time the incident happen), aku ngan hubby duk sibuk berborak. Aizara plak sibuk duk on radio. Kebetulan lagu yg dia suka tgh ke udara. Dia pun panjang je tangan meng'adjust' volume. Keta aku plak keta lama, klu silap sentuh skit volume controller tu, sama ada bunyinye jd tersangat kuat atau tersangat perlahan. Hasil adjustment dia tu, volume radio jd perlahan. Aku pun terus lah membebel kat dia, "Tu la, sapa suruh pegang2 radio, kan dah tak dengar tuh!!" Dia pun terus merengus, "Huh!!" sambil berpeluk tubuh. Aku pun try la adjust supaya dpt volume yg biasa kami, Try, try tak dapat.... Pastu, dia pun terus cakap, "Tu la, sapa suruh pegang2 radio, kan dah tak dengar tuh!!" Aku pun terus toleh kat dia... Hati aku bercakap, "Eh, aku plak kene....." Sabar je la....


Part II


Td kami dinner ala2 Itali gitu. Menunya, Carbonara Spagetti dan Pasta Tuna. Masing2 asyik menikmati makan malam, Aizara pun tak terkecuali. Tp cam biasa la, Aizara ni bkn tau nak diam, asyik bercakap aje. Abis, makcik2 dia plak suka menyakat dia. Pastu, agaknya sb dah lama tak makan Italian Food, kan, masing2 makan menambah. Aku pun cakap kat Aizara, "Tgk tu, cik Wa tambah...."Pastu, Aizara pun menambah "Hish!!!" Sambil menjelirkan lidah dia. Pastu dia cakap lagi, "Aizara jeling lidah ni.." Aku pun toleh kat dia sambil tanya balik kat dia, "Hah, Aizara jeling lidah???" Pastu semua org ketawa......

Wednesday, 29 April 2009

Hello! Hello! Line tak clear la....

Pagi tadi, adik aku yg jd businesswoman tu, bercerita ngan aku pasal dia and hubby nyaris2 nak kene tipu. ceritanye gini, dia terima panggilan dari pekerja dia (adik dia gak la....) katanye ada dua org pegawai dari PDRM cari tokeh kedai tu (kedai dia la tu....). Yg dia plak salah dengar and cakap kat hubby dia org dr ERM nak jumpa... So hubby dia pun gi la bersiap utk jumpa org tu.... Pastu, adik aku ni tak puas hati, dia call lg pekerja dia tu tanya org dari mana. Pastu baru dia dapat tangkap rupe2nye org dr PDRM yang datang. Pastu tetiba org dari PDRM tu plak call and tanye, "Ni Cik Inas ke? Ni Cik Inas ke? Then adik aku jawab, "Eh, bukan la, saya Ida." Pastu dia sambung lagi, "Cik Ida, saya nak jumpa ngan Cik Ida ni." Katanye dgn suara yg agak tegas. Pastu adik aku ni slambe je jawab, "Suami saya dah gi sana la..."

Pendek cerita, hubby adik aku ni citer la apa yg berlaku kat kedai td. Katanye ada dua org yg perkenalkan diri sbg polis dan salah seorg tu konon2nye berpangkat inspektor. Tujuan diorg dtg adalah utk mintak duit utk Persatuan Bekas Polis. Diorg suruh prepare cheque according to senarai sumbangan dlm surat yg diorg bawak. So, adik ipar aku ni cakap la yg dia tak leh nak issue cheque sb adik aku yg jaga account. Adik aku ni pelik la apsal plak polis datang mintak duit ni. Pastu diorg plak mintak kat target group diorg plak tu... So adik aku call pakcik kitorg nak tau boleh tak polis mintak duit dr public and adik aku bg la no phone org yg mengaku diri dia polis tu. Pakcik aku pun call la org tu.....

Nak jadi citer org yg mengaku polis tu call balik adik aku and marah2 kat adik aku ni. Dia tanya kat adik aku, "Cik ni ada buat aduan ke kat Balai Polis Kajang?" Pastu adik aku cakap la dia tak de buat aduan. Pastu, polis tu tanya lg, "Berapa byk polis yg cik kenal, ekk? Boleh tak bgtau nama polis2 yg cik kenal? Pastu adik pun dah naik angin terus le jawab, "Saya bukan nye buat aduan. Saya jes nak tau lebih lanjut je pasal perkara ni. Saya nak tau nama cik ni sapa, berapa nombor anggota. Sb bapak saya pun dulu polis gak." Lepas tu dia terus, "Hello! Hello! Line tak clear la... Hello!" Terus hang up.....

Diorg ni actually nak mintak sumbangan untuk Persatuan Bekas Polis dan diorg ni sebenarnye bkn la polis, tp staff admin aje. Yg jd masalahnye, diorg ni memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mintak duit plak tu. Masa mula2 aku dgr citer ni pun aku duk ingat polis ni cuba mintak rasuah. So, cara diorg approach org ni dah salah. Dah le mengaku jd polis, pastu mintak duit plak tu. Nasib baik adik aku tak buat polis report..... Klu tak mmg kene la....

Wednesday, 8 April 2009

Sepetang di Ofis.....

Petang tadi dlm kul 2.30 pm, tetiba telefon kat meja aku ni berbunyi.... Suara Kak Ani (PA Pengarah) kedengaran di corong telinga memaklumkan bahawa boss aku (Tuan Pengarah tersayang) memanggil aku untuk turut serta dalam mesyuarat. Sebenarnya Pengarah dah maklumkan pada aku pagi tadi, masa aku gi jumpa dia. Tapi aku tak pasti samada mesyuarat tu betul2 diadakan sebelah petang atau tidak sebab tiada memo pun kat meja aku.

So aku pun gi la ke bilik mesyuarat kat tingkat 5. Mesyuarat ni adalah antara department aku ngan researchers dari Universiti di Armsterdam yg mana diorang ni nak dapatkan sedikit maklumat yg diperluakan dalam research diaorg... Bila aku masuk bilik mesyuarat tu, ada dua ducth ladies yg kemudiannya memperkenalkan diri masing2... Kedua2 perempuan tu tinggi lampai dan rangka badan mereka agak besar..... So mesyuarat berlansung selama lebih kurang dua jam. Selepas mesyuarat the two dutch ladies requested to take photo with us.... So kami pun siap sedia ambik tempat. Pengarah dan KPP aku masing2 berdiri di sebelah dua2 dutch ladies tu... Kedua2 boss aku tak abis2 komen pasal ketinggian diaorg... After that all of us mintak diri la, kan....

Masa nak keluar dr bilik mesyuarat tu, KPP aku, cik Mad, masih lagi duk komen pasal ketinggian salah seorg dutch lady tu.... Dia kata, " Ishhhh, tinggi betul la pompuan tu...." Pastu, mulut aku terus lancar menjawab, "Susu diaorg kan bagus...." Tak sempat aku sambung cakap aku, KPP aku cam terkejut dgn cakap aku.... Pastu aku sambung lagi, " ye la, susu ducth lady.... keju diaorg pun best...." Pastu KPP aku pun respond, " Lerrr, aku ingatkan susu apa, cheh...." Aku pikir balik, aku ni salah cakap ke.... yg aku maksudkan susu lembu diaorg yg bagus, bkn susu yg lain..... Apa daa.... KPP aku yg melencong rupenye.... cheh.... Bila dia citer balik kat ofis aku, satu ofis duk gelakkan statement aku.... Aku plak ari ni mmg lurus, tak de pikir lain pun .... Cheh, sabo je la.....

Wednesday, 25 March 2009

Cerita After Office Hour

Semalam, masa on da way balik dari keje, Aizara tanya kat aku, "Ibu, ibu dah punch ke?" Aku jawab kat dia, dah. Pastu abah dia plak tanya kat dia, "Aizara dah punch ke?" Tanpa teragak2 dia jawab, "Aizara mana punch! Aizara kan gi school? Ibu je yg punch." Lancar je mulut dia berkata2... Aku terus tergelak. Semakin hari semakin bijak Aizara ni.

Tak lama lepas tu plak, dia citer pasal ada puzzle jatuh kat school. Dia kata, kawan dia (sapa entah aku pun lupa nama apa yg disebut smlm) terkejut sambil cakap, "mana bulat ni?" Aku duk ingatkan bulat tu nama gelaran salah sorang kawan dia, so aku pun tanya la, "Bulat tu sapa?" Korang tau apa dia jawab? Dia jawab, "Bulat tu circle la....". Kuangkuangkuang.... Abah dia gelak besar. Dalam hati aku, hmmmm, sabar je la....

Tadi plak, sesampai dia n abah dia kat depan ofis (to fetch me), abah dia call aku cam biasa. Pastu dia paskan phone dia kat Aizara. So, Aizara la yg duk bercakap. Dia mintak nak masuk ofis aku, padahal masa tu aku dah siap nak balik dah pun. Aku cakap, tak yah le, ibu dah nak kluar dah ni... Pastu dia cakap kat aku dia nak tgk aku keje. Aku kata kat dia aku nak balik dah ni... Then dia cakap lagi, "Nanti ibu tak leh masuk macam mana? Nanti Aizara bukak pintu ibu, nanti pintu patah, macam mana??" Hmmm, aku pun pelik apsal dia cakap cam tu... Rupa2nya yang dia maksudkan ialah klu dia tak dpt masuk ofis aku cam mana.... Nnt dia bukak pintu, pintu pecah pulak... Hishhhh, macam2 Aizara ni....