Friday, 6 January 2012

FACEBOOK Timeline....



Saya sgt suka Facebook Timeline saya....

Cerita kelakar semalam....

New Year Resolution....

Sedar tak sedar, hari ni dah hari ke 6 kita di tahun baru. Antara benda yang paling banyak diperkatakan ialah RESOLUSI a.k.a AZAM di tahun baru.... So, resolusi aku adalah:


Itulah resolusi aku untuk tahun ni. Ringkas dan padat... Tapi dalam kes BLOGGING ni, azam aku adalah untuk sentiasa meng'update' blog aku ni yang 4, 5 purnama skali aku update... Harap-harap tahun ni aku ada lebih masa untuk aku ber'blogging'...

Sunday, 6 March 2011

Sambal belacan power....

Hari ni aku memang plan nak masak menu ala2 nasi kukus ngan ayam goreng berempah. Ayam goreng berempah aku dah sediakan tengahari semalam. And Kari Ayam plak memang aku bercadang nak try masak guna yogurt and susu full cream. Kiranya ni cam eksperimen la sb 1st time aku masak cam tuh... And satu lagi menu yg tak leh nak tinggal, iaitu sambal belacan...

So pagi2 tadi aku bangun and keluarkan ayam dari peti ais utk defrost naturally. 1st menu yg aku nk buat ialah sambal belacan. Aku tak guna limau nipis sbg asam utk sambal ni. Sebaliknya aku guna buah mangga water lily yg aku beli last 2 weeks bg menggantikan limau nipis. Buah mangga yg aku beli ni, mak aiii, masamnye tak usah nk cakap... Kulitnye je kuning tp rasanya cam buah 'mempelam darat'.. Klu korang tau la buah ni... klu tak tau, boleh tanya org terengganu or kelantan....

So, aku bersihkan cili api, kopekkan mangga, masukkan ke dalam blender. Masukkan juga ingredient yg paling penting iaitu belacan, garam dan gula secukupnye... kemudian start mengisar... Bila bukak je tutup blender tu... walla!!!! Baunye cukup mengancam....

ni la rupa sambal belacan power ku....

And then aku start masak kari ayam and goreng ayam berempah... Bila dah siap masak je, memang tak tunggu sejuk, aku terus makan... sb nak rasa juadah yg aku masak tu... Huh, memang menyelerakan (bagi aku la....). Mmg aku tak sabar2 nk update status aku kat FB, nk bgtau satu dunia yg sambal belacan aku mmg superb... (ala2 persan pun ada ni)..

Bila adik aku bangun, aku suruh dia gi makan... Sb nk suruh dia try sambal belacan paling best aku buat.... Dgn harapan dia puji la sambal belacan aku... Tp lepas dia makan, tak de plak dia komen apa2... Tau2 dia tambah nasi dua kali...

Bila semua benda dah settle, aku duk dpn pc la... berfesbuking... Tup, tup aku tgk ada komen and org post something on my wall... Somebody was saying that my sambal belacan ada iras2 sambal belacan arwah atuk aku, Ayoh.... Huihhh, kembang gak la lubang hidung ku ni sb adik aku cakap cam tuh.... Bg org yg tak tahu, mungkin hal ni tak de value... tp bg kami, sambal arwah Ayoh mmg tak de tolok bandingnye... sedap yg teramat sedap....

Aizara's 1st show

Hari ni aku menghadiri Taklimat Cendekiawan Educare Bersama Ibubapa. Ni kira 1st event yg aku pegi since aizara bersekolah kat sana. Masa kat Taska One dulu, tak de event2 cam ni... Yang ada sambutan hari spt Hari Guru, Maulidurrasul, Hari Raya, dsb...

There's only one acara je yg melibatkan budak2 taska, termasuk Aizara. Acara ni umpama simulasi bagaimana keadaan harian kanak2 di taska. I mean, simulasi pembelajaran kanak2 kat taska tu... So, Aizara pun ada mengambil bahagian. Aku seronok la tgk dia happy membuat persembahan... Cuma dia asyik terjengah2 mencari kami...

Taklimat ni menceritakan sistem yg digunakan utk mendidik anak2 yg dihantar ke situ. Klu mengikut taklimat yg dinyatakan, aku rasa aku telah membuat pilihan yg tepat. Sb, menurut kata penaungnya, pendekatan yg dibuat ke arah mencintai Allah dan Rasul2nya... Byk benda yg telah mereka ajar kpd Aizara spt;

i- Mencintai Allah dan Rasul2nya
ii- Nama-nama Allah
iii- Zikir kepada Allh
iv- Ucapan Syahadah
v- Pelbagai doa
vi- Mengenal Malaikat
vii- Hari Kiamat itu benar
dsb...

Mmg niat dalah hati aku supaya Aizara didedahkan dgn perkara2 seperti ni. Aku mahu menanam dan mengukuhkan iman di hati Aizara, supaya dia mengenal Allah serta rasul2Nya, supaya dia menjadi muslim yg sejati dan yg lebih penting, supaya dia menjadi anak yg soleh... Amin....

Friday, 4 March 2011

Aizara mengaji

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku tengok Aizara mengaji. Starting from last 2 weeks, my hubby mengajar Aizara mengaji. This week plak is my turn to teach Aizara mengaji. Aizara tak de masalah nak mengeja dan mengenal huruf sebab di Taska One (her previous nursery) dia dah diajar mengenal huruf dan mengeja menggunakan teknik "IQRA'". So semasa mengajar, aku perasan yang dia boleh mengeja. Cuma sebutan huruf dan tajuid saja yang tak berapa betul. Cuma ada sekali sekala yang dia tersilap baca. Akhirnya berlaku dialog seperti di bawah;
Ibu: Ni mim mati...
Aizara: Kenapa mim tu mati?
Ibu: (tanya balik sb tak tau nk jawab) Ha, kenapa mim mati???
Aizara: Sbb dia kene tembak...
Ibu (dlm hati): Jujur sungguh jawapan tu... huhuhu....

Hadoiiii, aku ingat pengajaran IQRA' tu macam masa aku belajar dulu2... Rupa2nya, tekniknya sgt lain sekali. Aku pun tak pasti samada cikgu yang mengajar tu ada bagi penerangan mengenai tanda2 bacaan ke tak...


Aizara mengaji ngan abah...

Monday, 21 February 2011

Aku seorang Mary Kay Beauty Consultant - The History

Yup... aku seorg MARY KAY Beauty Consultant (BC)... Bagaimana aku boleh terjerumus sebagai BC? Biar aku citer sejarah kulit muka ku dulu...

BACKGROUND

Wajah aku ni tak pernah lekang daripada masalah kulit berminyak. Sejak aku mula meningkat remaja sehingga la setahun yang lepas. Muka aku ni kalau org tengok tengah panas, gerenti silau mata orang tu sebab berkilat-kita dan memancar-mancar cahaya matahari yg terpantul. Pastu, kalau minyak tak dapur abis, boleh le ambik minyak kat muka aku ni. Bukan setakat masalah minyak je, jerawat pun tumbuh macam cendawan kat muka aku ni.... Pipi aku jadi kemerah-merahan sampai aku tak payah pakai pemerah pipi... Kalau jerawat saja aku tak de la kisah sangat. Tapi siap dengan blackhead dan whitehead. Memang package la muka aku ni. Itu keadaan mukaku masa aku sekolah menengah.

Bila aku belajar kat universiti, hormon aku dah stabil agaknya, so jerawat hilang. Tapi masalah kulit berminyak masih menghantui wajah aku. Blackhead dan whitehead pun masih bertapak di muka aku. Aku cover blackhead dan whitehead tu pakai krim Safi dan bedak compact J&J. Dari jauh nampak licin. Tapi bila dekat, memang nampak blackhead and whitehead dan pores yang sangat-sangat besar. So, ok la drp ada jerawat, kan...

Tp after I gave birth to my 1st daughter, jerawat datang balik. Tak la byk sgt, tp sepanjang masa jerawat akan ada di muka. Surut satu, naik satu... Klu bad luck, surut satu naik dua. Kemudian aku gi sambung belajar kat Leeds, UK. One of my friend said to me before I fly that, my skin will be better klu duk kat UK sb kat sana sejuk... Tp yg berlaku sebaliknya. Muka ku kene acne attack sampi aku takut nak tgk muka aku. Tersangat banyak dan kemerah-merahan. Tak putus-putus naik jerawat. Dari jerawat halus hingga jerawat batu ada kat muka aku. Aku try banyak produk masa kat UK but at the end I stick on BODYSHOP Tea Tree Oil set utk kulit berminyak dan berjerawat. Bila aku pakai produk tu, jerawat kurang skit walaupun masih ada. Aku continue pakai set tu sampai aku balik semula ke Malaysia (aku kat UK cuma setahun je...). Aku sempat beli 3 kali sebelum aku diperkenalkan dengan produk MARY KAY.

Sambungan citer ni, please visit http://idamarykaybc.blogspot.com/

Sunday, 20 February 2011

Kosmetik Tiruan: Pengguna perlu berhati-hati

Pengguna barangan kosmetik dinasihatkan berwaspada dengan produk kosmetik tiruan kerana kandungannya sangat berbahaya dan dikhuatiri boleh merosakkan kulit serta mendatangkan kesan kepada sel dalam badan.

Kosmetik yang dicampur RACUN HIDROKUINON bukan saja memberi alahan teruk kepada wajah, malah penyerapannya dalam darah melalui kulit boleh memberi kesan kepada organ dalaman.

Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd. Hatta Ahmad, kandungan kosmetik ibarat bom jangka kepada mereka yang gemar menggunakannya kerana kebanyakannya mengandungi hidrokuinin dan tretinoin.

Penyerapan hidrokuinon dalam darah melalui kulit dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan sawan, pendengaran berdengung, pertuturan menjadi sukar difahami, perasaan lemas, mual dan muntah, kekejangan otot serta sakit kepala.

"Kesan luaran pula ialah kulit menjadi hitam terutama jika terdedah kepada cahaya matahari, lebih sensitif dan mudah terluka, kering dan gatal serta menghalang proses pigmentasi. Ia mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan boleh mendedahkan pengguna kepada risiko KANSER KULIT.

"Begitu juga dengan kesan sampingan penggunaan tretinoin yang boleh menyebabkan rasa terbakar pada kulit, kegatalan, kulit menggelupas dah kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra ungu," katanya.

Individu yang melakukan kesalahan menjual kosmetik tanpa kelulusan pihak berkuasa kesihatan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,00 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM50,000 untuk kesalahan pertama dan tidak melebihi RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Hatta berkata, masyarakat perlu bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan produk kosmetik tiruan yang membanjiri pasaran tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

"Kosmetik yang tidak diiktiraf sebenarnya amat menakutkan kerana ia boleh merosakkan sel dalam badan secara perlahan-lahan," katanya.

Dipetik dari BERITA HARIAN, Ahad, 20 Febuari 2011.

Thursday, 17 February 2011

Kerana Salah Faham...


"Kadang2 sebuah persahabatan yg dibina berpuluh tahun lamanya boleh musnah hanya kerana sesaat salah faham yang melanda...."
Itu lah kata2 yg ku tulis di status FB ku. Bkn sekadar ucapan tetapi ia menggambarkan apa yg ku alami dan ku rasai akhir2 ini. Hanya kerana salah faham dan syak wasangka serta bawaan mulut seseorg yg suka melihat org bergaduh menyebabkan seseorg itu berubah tingkahlaku. Disebabkan itu, aku rasa suasana pejabat sudah tidak seperti dulu. Kalau dulu, kami sentiasa berkongsi cerita, luahan rasa dan pendapat dan bergelak ketawa, dan sekarang semua tu berkurangan... Tiada tegur dan sapaan yg ceria seperti dulu, tiada perkongsian maklumat dan luahan rasa, tiada perkongsian cerita kehidupan kami sehari2.

Aku sgt keliru sekarang, sama ada aku perlu pulihkan keadaan atau biarkan masa menentukan segalanya... Sekiranya aku memilih untuk memulihkan keadaan, maka aku perlu merendah diri dan memohon maaf di atas segala salah faham dan kekeliruan yang timbul atau just let the time heals everything... which require patient in my heart to bare with this miss communication, cold and silence treatment and never ending doubt and mistrust... Do I have the strength to face this???

Monolog: I'm finding the strength to face the day....

Friday, 11 February 2011

Changes

Hmmm, now it's already middle of February of new year, 2011. There's a lot of changes in life but i still did't have time to update my blog... It was so long ago, my last update was back in august last year. No other excuses to be given except lazy and no interest to write at that time... And now, boredom is hitting me and I have no one to talk to.. I guess I need something to let out my mixed feeling...

Yes, there's a lot of changes in my life;

  1. There's a new member in my family
  2. Aizara goes to new school and has to deal with other kind of friends everyday (which I have to listen to her story everyday...)
  3. Office environment is so different after I come back from my long leaves.... (everybody is busy with their own things... laughing and chatting become lesser and lesser.... turn the lively office to a very dull office... that's what i feel)
  4. Cold and dead friendship with old time friend... (which really make me sad....)

First 2 changes are positive changes, which I really, really happy with those changes. But 2 latter changes are really devastating me... My character change a bit because of it. I used to be a person who love to talk, love to share things and now.... I become a bit quiet, isolated from others and feel awkward to join the group (that my old friend is in) that is gossiping while having lunch... I feel awkward to 'terjah' (which I always do)... I feel awkward to 'sembang, sembang' freely with my officemates.... I really lost my identity... I lost focus in life. I feel uneasy all the time during working time.. The only peace that I felt is at home....

The word 'why, why, why' is always in my mind... Why??? There is an incident happen last 2 weeks which cracks the friendship that we built for years. Just because of the HEARSAY and the BLACK HEARTED person who invigorate (or may be twist) things that I said and a reactive person who cannot accept comments from me and has some issues to face me.

Hmmm, when this gonna end? I really tired of this. I just need a new air to breath, a new environment to work in.... Just let time to decide what's gonna happen... Pray to Allah for the best.

Wednesday, 11 August 2010

1st Day of Ramadhan....

Hari ni 1st day puasa di bulan ramadhan. Aku tak de keinginan utk memikirkan menu utk berbuka puasa. Tp apa yg aku rasa, aku juz nak makan ikan percik je. Terbayang2 di mata aku ikan percik yg mak aku masak... Rindu betul...

Memandangkan aku balik lewat, tak sempat nak masak, tambahan plak tak de bahan mentah kat rumah, so me and my husband decided to stop by kat Bazaar Ramadhan kat Presint 2 Putrajaya (actually we've been planning to go there a few days before puasa lagi).

So, after work,aku singgah bank jap nak bank in check and withdraw cash skit... It's took awhile pasal nak kene isi form utk deposit cheque tu, cheque plak ada 5 keping (amount tak de la byk...). After that kami terus heading ke Bazaar Ramadhan.

Hubby aku tanya, ada ke tak de bazaar ni. Cam tak de org je... Aku kata dah start dah... sb kita dah start puasa dah. So, masa nak cari parking tu, MasyaAllah, punya la ramai org... So after parking, terus la kami ke tapak bazaar... Org tersangat ramai, masing2 berbaris di gerai2 nk beli makanan. Org berjalan berpusu-pusu dan almost all gerais penuh sesak. Ada jugak yg aku nmpak gerai yg cam tak bukak...

Most of the gerais ada je customer yg berbaris... Nak masuk tgk pun tak boleh.. Hampir semua gerai murtabak berbaris panjang... So kami terpaksa melupakan murtabak utk hari ini... Bila singgah kat gerai yg tak ramai org, baru je jenguk kepala, tuan punye gerai dah sound, dah abis kak!! Air gula abis, kak... Nasi abis,dik... Minyak goreng abis,dik...Gas abis, dik... Mak Aiii, abis apa aku nak beli ni??No wonder tak de org kat gerai, rupe2nye dah abis... Ada gerai yg dah tutup and dah balik pun... Haru betul...

At the end, dpt gak la juadah berbuka puasa... but no special juadah pun. The only meals yg kami beli ialah, nasi ayam, nasi kerabu, kuah kurma dan burger prosper.... Kuih muih semua dah abis... Kempunan aku nak makan karipap and ikan percik....





(Gambar ehsan dari http://azizie8.blogspot.com/ and http://duchessofkent.wordpress.com/)

Friday, 6 August 2010

Kawan Pindah.....

Tadi masa tgh makan, Aizara cakap, "Pikachu dah pindah ke Pahang...." Aku terkejut, "Hah, Pikachu dah pindah?" Aizara jawab, "A'ah! dia tak datang sekolah tadi..." Abah pun menyampuk, "Patut la pagi tadi dia cam tanya, Pikachu datang sekolah ke tak ari ni...."

Ala, kesian, Aizara... Ramai dah kawan2nye berpindah... Tinggal dia dgn beberapa org je lg kawan2 dia... Patut la dia cam tak suka pergi sekolah (taska) dia... Rupanya kawan2 dia ramai dah tak ada...

Pikachu (a.k.a Shafikah) tu antara budak terawal di taska tu. Pada masa aku mula2 antar aizara ke situ, Aizara berumur 3 bulan. Shafikah pulak berusia 2 bulan. Aku masih ingat lagi Shafikah pada masa tu memang kuat nangis.

Aizara pernah meninggalkan taska tu masa aku sambung belajar di UK. Tp dia meninggalkan taska tu hanya untuk tempoh setahun. Lepas aku balik drp UK, aku hantar lg Aizara ke taska yang sama. So, dia jumpa la balik kawan2 seangkatan dengannya... Antara kawan yg rapat dengan dia, Kasih Alia, Nurin, Amar, Shafikah and etc...

Aku cakap kat dia, "Sian Aizara, kawan Aizara tak de..." Tp dia dgn positifnye menjawab, "Tak pe, Aizara ada kawan baru... Nabihah, Atikah, Ayuney, Adam Haikal and etc... Alhamdulillah, she's ok with the situation....

Tuesday, 3 August 2010

New Business

This is a new syllabus of my life... I'm entering a new business life... I share business with my sister.. It's an online business. This is a trend nowadays.. People like selling things online, people like shopping things online. So, this give opportunity for business-minded people to gain profit. Plus, to fill their spare time to do this activity. An Facebook is very powerful tool to do marketing....

This is a new experience to me. Now most of my spare time (especially at night after long working hours) is filled. What do I do? Mostly I entertain my customers, reply customers' message, update my facebook status, update my photos info and now recording the cashflow... It's really challenged me... I have to recall everything that I learned about accounting in my lower secondary school (after that, I stop learning those stuff as I have scientist's mind... hehehe)Luckily, I have my sister who expert in accounting... She really make me understand about accounting and stuff... Hopefully we can maintain the business... And hopefully the business will grow....

Do visit us, guys....

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001079326594#!/album.php?aid=16500&id=100001079326594

http://idailham.blogspot.com/

Thursday, 29 July 2010

Nothing Interesting

Hmmm, dah lama tak bukak blog ni... Almost 1yr... Dah tak tau nk bg alasan apa... Skrg aku ada azam baru utk sentiasa menulis di blog ni.... So, for today, what should I write, ya???

Actually, I juz came back from attending a course for 3 days... During that course, we've been asked to prepare our protocol for our systematic review project.. We've been working for 3 days and 2 nights continuously.... So, tonight I really dont know what to do... Anak tgh buat her activity book, hubby tgh study his next task... Me??? Juz now updated myself on FB friends' status... Not much going on on FB, i try to search some recipes to bake biscuits... Nothing interesting... And now, I'm blogging.... But I don't have any interesting to share so.... I press a full stop button....

Good nite, blog readers... where ever you are...

Wednesday, 18 November 2009

Aku yang malas....

Lately (bkn lately je....) aku sgt malas nak berblogging.... Padahal byk je masa yg aku ada kat umah tp aku lebih suka melayan games drp berblogging... Dapat main solitaire pun jadi la..... Itu pun boleh mengasyikkan aku....

Hmmm, aku rasa perangai ni dah menurun kat anak aku.... Last Sunday, the whole day anak aku main game PS2... Satu game je yg dia main pun... The game called "BOMBASTIC". Aku sgt suka ngan game ni... It is a kind of puzzle game yg tak heavy. Tp u need to think fast and make strategies to achieve the goals within the time. It is very addictive... Klu dah start main, mmg tak leh berhenti.... So satu hari la aku melayan anak aku main.... sometimes sampai gaduh2.... sb dia lmbt move... hehehe... And I'm waiting for the weekend to play that game AGAIN!!!!

Sunday, 11 October 2009

Online Photo Printing - Try it now!

When you heard or read something that stated as 'online', sure it is something that ease you. Not only buying stuffs like women clothes, book, cakes & cupcakes are available online but now you can also do photo printing. By using eoe online service, now you can print your photos right in front of your PC (with internet of course...).

How does it works?
Just follow these simple steps. eoe online will guide you till the ordering process is successful.

Well, with all of these steps, everybody can do it. Simple isn't it.

Helpful Tips:
You can't do all those steps above without login. so, first of all you must register to be a eoe onlinemember. After verify your membership from your email, then you can start creating your own photo album. Then proceed with the steps. eoe online gives you unlimited photo album storage and you can share it to public.

This part is what I like the most:
During your photo upload process if somehow you are faced with some problems such as network issues, internet line disconnected, etc. where you may find your upload process needs to be stopped or you have missing photos from the print order page, not to worry. Please re-login to your account and you will be prompted a message which allows you to continue with your order from there. You don't need to do the whole thing all over again, very easy!

Let's print your photo now while eoe online give you print promotion. Hurry, while it last!

Payment option & Delivery Offer:
Payment can be made via .
With each 4R print at only RM0.30 (current promotion) and free delivery* for orders above RM35.00, you’ll get your money worth & save your travelling time too!

visit: http://www.eoe.com.my/en/
for further info...

Good news for bloggers...why am I telling U about eoe online photo printing??? check this out!! -U can have this online photo printing for free!!!

Monday, 5 October 2009

Suatu petang di bulan raya.....

PART I

Petang td masa aku gi ambik Aizara, sebaik saja Aizara masuk dlm kete, dia rapatkan rambut dia kat air cond kete. Katanye dia nak sejukkan rambut. Pastu dia suruh aku rasa rambut dia and aku pun pegang rambut dia. Then aku mula bertanya. Let me recap the dialog;

Aizara: Ibu, Aizara sejukkan rambut. Cuba ibu pegang.

Ibu: (sambil memegang rambut dia) Aizara baru mandi ke? Cikgu baru mandikan Aizara ke?

Aizara: (dgn nada yg sedikit meninggi) Mana ada. Kalau suruh cikgu mandikan budak, dia la
budak kecik. Kalau suruh kawan mandi sendiri, baru la jd budak besar. Kalau cikgu
mandikan budak besar, mana ada kecik. Seblm Aizara mandi, ibu dtg la....

Ibu: (dlm hati, huh, apa Aizara cakap ni??? Confuse......)

Seriously aku tak faham apa yg Aizara cuba sampaikan. Tp klu ikut pemahaman aku, apa yg Aizara maksudkan adalah " Klu cikgu mandikan budak, dia la budak kecik. Klu dia mandi sendiri, dia budak besar." Lg dua ayat tu otak aku tak leh nak proses maksudnye... Bak kata Elyana, tak tercapai akal ku.... huhuhuhuhu...

PART II


A few minutes after those dialog, aku tanye plak pasal sepit rambut dia, sb pg td aku pakaikan dia sepit rambut. Aku recap sekali lg dialog td;

Ibu: Cikgu simpan tak sepit rambut?

Aizara: Tak.... eh, Kasih, Kasih (nama kawan baik dia tu)

Ibu: Kenapa Kasih simpankan?

Aizara: Sb dia good girl...

Ibu (dlm hati): huh, apa punye jwpan ni??

Ibu: Siapa suruh Kasih simpankan?

Aizara: Aizara la....

Ibu: Kenapa Aizara suruh Kasih simpankan?

Aizara: Sb Kasih good girl la... Aizara sayang Kasih.....

Ibu (dlm hati): lerrrr......

Aku terfikir, budak umur 4 tahun pun pandai menghargai dan menyayangi kawannye.... Hopefully, perasaan tu akan sentiasa terpupuk sampai dia besar dan semoga dia sentiasa menyayangi org2 yg sentiasa berada di sisi nye.....


My little pumpkin. You're my sunshine. Ibu and abah will always love you...

Wednesday, 16 September 2009

Sumpahan Baju Raya

After so long have not visiting my e-journal. It's not that I don't have time but as always, I'm too lazy to write... Besides, there's nothing much happen in life.... Semuanye bende rutin je... tp aku nak share this interesting story.... citer pasal preparation nak sambut raya le ni.... hehehehe...

Last June aku ngan adik aku, E plan nak gi tempah baju kat PKNS (sb kain baju yg kami beli agak la mahal. Adik2 aku yg lain pesan suruh gi tempah baju kat butik sb kain mahal. Antar kat kedia biasa takut kain rosak). So kami pun gi la PKNS. Tak sempat survey, adik aku terus ajak aku masuk satu kedai ni. Kedai ala-ala butik gitu la.... Nampak baju display dia not bad, cantik2 fesyennye.... Masuk lah kami ke situ... Kami pun bagitau ngan tuan kedai yg kami nak tempah baju. Pastu dia kata tempahan dah tutup.... Pastu kami baru nak pusing, dia pun cakap, boleh lah. Dua pasang je, kan.... Actually 3 pasang sb E antar 2 pasang... So, dia pun ambik la ukuran.... Dah la ukur sendat2... Pastu dia tak scatch pun design apa yg kami nak (padahal masa tu kami bawak majalah and tunjuk fesyen mana yg kami nak). Lepas kluar, E kata dia tak confident, dia nak gi ambik balik kain kitaorg... Tp aku fikir sb kami dah byr, so aku kata tak pe la kot.... Tp aku cakap ngan E tanye balik kat tuan kedai tu sb design baju aku dia tak scatch pun... So E gi la tanye balik kat dia, then dia kata dia ingat... Kitaorg pun melangkah pergi ngan hati yg sikit gelisah....

After 2 month (almost 3 month, walaupun tarikh siap baju sebulan lepas tempah) kami pun pegi la ke kedai tu nak ambik baju.... Ngan semangat berkobar2 nak tgk baju raya, kami melangkah masuk ke kedai tu... Pekerja kat situ hand over the baju to us utk dicuba... Cuba punye cuba, baju ku itu ketat... Pastu tak ikut design yg aku nak.... huhuhuhu.... menangis aku dlm hati..... E pun try gak. Bila dia tgk, baju dia pun tak ikut design yg dia nak.... pastu kain dia plak ketat kat peha... So pekerja dia pun cakap, 'tinggal dulu la kat sini, kami antar utk alter'. Dgn penuh kepercayaan kami pun tinggalkan kat sana... After 2 weeks, kami pegi lg ke sana (kedai ala2 butik tu..) utk lihat hasil alter tu.... Kuciwa sekali lg kami sb baju aku walaupun dibesarkan tp tak affect pun sb basi yg diambil utk baju tu kecik.... so mmg tak de kesan... Hasilnye sama, ketat gak.... Grrrrrr.... Baju E plak, dia alter tp lengan jd pendek sebelah.... Kain plak, dia tak alter lg!!!!

Apa lg, kami pun naik angin la.... Aku cakap ngan tuan kedai tu aku tak nak bayar balance duit yg aku tak bayar lg.... E pun sama ngan aku... Tuan kedai tu cakap mana boleh sb dia dah bayar tukang jahit... Pastu, aku pun kluarkanlah apa yg aku tak puas hati... Aku kata, dah la baju aku ketat, pastu tak ikut design lak tu.... Pastu dia kata, kata baju kurung moden, kan... Aku kata aku tak cakap baju kurung moden ke apa, aku tunjuk fesyen baju yg aku nak kat dlm majalah. Pastu dia tanya kami, tak tinggalkan majalah ke masa tu... Pastu E cakap, kami nak tinggalkan tp puan la tak nak sb takut hilang majalah tu.... Pastu aku stress lg kat dia yg aku tak nak bayar balance duit tu... E pun cakap yg sama... Aku tambah lg, kami rugi byk sb kain kami tu mahal. Then dia kata, ok lah klu cam tu, selamat la awak dunia akhirat... Apa dia ingat kami ni sengaja tak nak bayar ke.... Kami dah abis byk utk baju tu (kira rugi byk la...) , dia stakat rugi rm270 je... Angin satu badan kami ari tuh....

Pastu aku dgr citer, adik aku Iju pun ada masalah ngan baju raya dia.... Katanye tak ikut design and fesyennye simple sgt... Dia buat fesyen cekak kat tangan, katenye getah yg di letakkan kat tangan tu exposed (nampak)... so tak cantik la.... Then ari ni dgr citer dr adik aku Ya... Katanye baju raya dia yg dia basuh smlm terjangkit kaler... Pastu baju melayu anak dia plak tak cukup poket.... Memang kami ni terkena sumpahan raya tahun ni.... SUMPAHAN BAJU RAYA..... huhuhuhu...

Wednesday, 17 June 2009

Aizara Melekat....

Last week as usual, after office hour, when we're on our way home, aku bersuara kat Aizara, "Aizara, mintakkan ibu tisu....." Then aku dengar jawapan dia, "Tak boleh la ibu, Aizara melekat ni...." Melekat?, soal aku dalam hati... Bila aku toleh ke belakang aku tengok dia tengah berbaring.... Then dia jawab lagi, "Aizara tengah baring la ibu...." Lerrrr... itu ke yang dimaksudkan melekat??? Sabar je aku....

Back In Business....

Dah lama aku tak berblogging. Antara sebab musabab yg menahan aku dr berblogging adalah;

  1. bz dgn rutin kerja (it's only an excuse... heheheheh... but last month was really hectic. That's why there's a pause in my blogging activity)
  2. bz with my own life... (nak pindah, nak bercuti, nak beli kete baru, nak gi shopping, nak spend time with siblings, nak bla bla bla...... macam2 nak daaaa....)
  3. bz with my new facebook activity (FARM TOWN they call it... during office hour, during break, after office hour, during at home, sometimes, right after wake up from sleep.... gile betul!!!!)
  4. And lastly, nothing much happen in my life (Klu pun ada something yg happen in my life, may be time tu aku malas nak menaip dan ceritakan apa yg berlaku.....)
Minat datang dan pergi... dan datang balik.... semangat pun sama.... So skrg dtg balik semangat utk berblogging.... That's why there's a new entry in Cupcakes of My Life ni....

Bila la nak consistantly menulis ni....????