Wednesday 29 April 2009

Hello! Hello! Line tak clear la....

Pagi tadi, adik aku yg jd businesswoman tu, bercerita ngan aku pasal dia and hubby nyaris2 nak kene tipu. ceritanye gini, dia terima panggilan dari pekerja dia (adik dia gak la....) katanye ada dua org pegawai dari PDRM cari tokeh kedai tu (kedai dia la tu....). Yg dia plak salah dengar and cakap kat hubby dia org dr ERM nak jumpa... So hubby dia pun gi la bersiap utk jumpa org tu.... Pastu, adik aku ni tak puas hati, dia call lg pekerja dia tu tanya org dari mana. Pastu baru dia dapat tangkap rupe2nye org dr PDRM yang datang. Pastu tetiba org dari PDRM tu plak call and tanye, "Ni Cik Inas ke? Ni Cik Inas ke? Then adik aku jawab, "Eh, bukan la, saya Ida." Pastu dia sambung lagi, "Cik Ida, saya nak jumpa ngan Cik Ida ni." Katanye dgn suara yg agak tegas. Pastu adik aku ni slambe je jawab, "Suami saya dah gi sana la..."

Pendek cerita, hubby adik aku ni citer la apa yg berlaku kat kedai td. Katanye ada dua org yg perkenalkan diri sbg polis dan salah seorg tu konon2nye berpangkat inspektor. Tujuan diorg dtg adalah utk mintak duit utk Persatuan Bekas Polis. Diorg suruh prepare cheque according to senarai sumbangan dlm surat yg diorg bawak. So, adik ipar aku ni cakap la yg dia tak leh nak issue cheque sb adik aku yg jaga account. Adik aku ni pelik la apsal plak polis datang mintak duit ni. Pastu diorg plak mintak kat target group diorg plak tu... So adik aku call pakcik kitorg nak tau boleh tak polis mintak duit dr public and adik aku bg la no phone org yg mengaku diri dia polis tu. Pakcik aku pun call la org tu.....

Nak jadi citer org yg mengaku polis tu call balik adik aku and marah2 kat adik aku ni. Dia tanya kat adik aku, "Cik ni ada buat aduan ke kat Balai Polis Kajang?" Pastu adik aku cakap la dia tak de buat aduan. Pastu, polis tu tanya lg, "Berapa byk polis yg cik kenal, ekk? Boleh tak bgtau nama polis2 yg cik kenal? Pastu adik pun dah naik angin terus le jawab, "Saya bukan nye buat aduan. Saya jes nak tau lebih lanjut je pasal perkara ni. Saya nak tau nama cik ni sapa, berapa nombor anggota. Sb bapak saya pun dulu polis gak." Lepas tu dia terus, "Hello! Hello! Line tak clear la... Hello!" Terus hang up.....

Diorg ni actually nak mintak sumbangan untuk Persatuan Bekas Polis dan diorg ni sebenarnye bkn la polis, tp staff admin aje. Yg jd masalahnye, diorg ni memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mintak duit plak tu. Masa mula2 aku dgr citer ni pun aku duk ingat polis ni cuba mintak rasuah. So, cara diorg approach org ni dah salah. Dah le mengaku jd polis, pastu mintak duit plak tu. Nasib baik adik aku tak buat polis report..... Klu tak mmg kene la....

Wednesday 8 April 2009

Sepetang di Ofis.....

Petang tadi dlm kul 2.30 pm, tetiba telefon kat meja aku ni berbunyi.... Suara Kak Ani (PA Pengarah) kedengaran di corong telinga memaklumkan bahawa boss aku (Tuan Pengarah tersayang) memanggil aku untuk turut serta dalam mesyuarat. Sebenarnya Pengarah dah maklumkan pada aku pagi tadi, masa aku gi jumpa dia. Tapi aku tak pasti samada mesyuarat tu betul2 diadakan sebelah petang atau tidak sebab tiada memo pun kat meja aku.

So aku pun gi la ke bilik mesyuarat kat tingkat 5. Mesyuarat ni adalah antara department aku ngan researchers dari Universiti di Armsterdam yg mana diorang ni nak dapatkan sedikit maklumat yg diperluakan dalam research diaorg... Bila aku masuk bilik mesyuarat tu, ada dua ducth ladies yg kemudiannya memperkenalkan diri masing2... Kedua2 perempuan tu tinggi lampai dan rangka badan mereka agak besar..... So mesyuarat berlansung selama lebih kurang dua jam. Selepas mesyuarat the two dutch ladies requested to take photo with us.... So kami pun siap sedia ambik tempat. Pengarah dan KPP aku masing2 berdiri di sebelah dua2 dutch ladies tu... Kedua2 boss aku tak abis2 komen pasal ketinggian diaorg... After that all of us mintak diri la, kan....

Masa nak keluar dr bilik mesyuarat tu, KPP aku, cik Mad, masih lagi duk komen pasal ketinggian salah seorg dutch lady tu.... Dia kata, " Ishhhh, tinggi betul la pompuan tu...." Pastu, mulut aku terus lancar menjawab, "Susu diaorg kan bagus...." Tak sempat aku sambung cakap aku, KPP aku cam terkejut dgn cakap aku.... Pastu aku sambung lagi, " ye la, susu ducth lady.... keju diaorg pun best...." Pastu KPP aku pun respond, " Lerrr, aku ingatkan susu apa, cheh...." Aku pikir balik, aku ni salah cakap ke.... yg aku maksudkan susu lembu diaorg yg bagus, bkn susu yg lain..... Apa daa.... KPP aku yg melencong rupenye.... cheh.... Bila dia citer balik kat ofis aku, satu ofis duk gelakkan statement aku.... Aku plak ari ni mmg lurus, tak de pikir lain pun .... Cheh, sabo je la.....