Wednesday 25 March 2009

Cerita After Office Hour

Semalam, masa on da way balik dari keje, Aizara tanya kat aku, "Ibu, ibu dah punch ke?" Aku jawab kat dia, dah. Pastu abah dia plak tanya kat dia, "Aizara dah punch ke?" Tanpa teragak2 dia jawab, "Aizara mana punch! Aizara kan gi school? Ibu je yg punch." Lancar je mulut dia berkata2... Aku terus tergelak. Semakin hari semakin bijak Aizara ni.

Tak lama lepas tu plak, dia citer pasal ada puzzle jatuh kat school. Dia kata, kawan dia (sapa entah aku pun lupa nama apa yg disebut smlm) terkejut sambil cakap, "mana bulat ni?" Aku duk ingatkan bulat tu nama gelaran salah sorang kawan dia, so aku pun tanya la, "Bulat tu sapa?" Korang tau apa dia jawab? Dia jawab, "Bulat tu circle la....". Kuangkuangkuang.... Abah dia gelak besar. Dalam hati aku, hmmmm, sabar je la....

Tadi plak, sesampai dia n abah dia kat depan ofis (to fetch me), abah dia call aku cam biasa. Pastu dia paskan phone dia kat Aizara. So, Aizara la yg duk bercakap. Dia mintak nak masuk ofis aku, padahal masa tu aku dah siap nak balik dah pun. Aku cakap, tak yah le, ibu dah nak kluar dah ni... Pastu dia cakap kat aku dia nak tgk aku keje. Aku kata kat dia aku nak balik dah ni... Then dia cakap lagi, "Nanti ibu tak leh masuk macam mana? Nanti Aizara bukak pintu ibu, nanti pintu patah, macam mana??" Hmmm, aku pun pelik apsal dia cakap cam tu... Rupa2nya yang dia maksudkan ialah klu dia tak dpt masuk ofis aku cam mana.... Nnt dia bukak pintu, pintu pecah pulak... Hishhhh, macam2 Aizara ni....

Sunday 22 March 2009

Asam Pedas Versi Idamazura

Tadi tgh aku duk melayan FB, suddenly aku terperasan yg ada mesej kat FB aku... Bila aku check mesej tu, rupa2nya ada org mintak resepi Asam Pedas kat aku.... Aku ni, tak berapa pandai buat asam pedas tu. Tp, setelah mencuba beberapa kali, baru lah menjadi skit... Tp tak konsisten lg... Kejap jd kejap tak jd...

And now, I don't know how to give recipe sb selalunya aku main campak2 aje... But I give my try....

ASAM PEDAS IKAN SALMON
(Sb org yg mintak tu kat UK skrg ni, n I'm sure she'll be using ikan salmon in her asam-pedas-will-be nnt)

2 biji bawang besar (saiz UK)
3 biji bawang putih
halia (setengah inci)
Kunyit hidup (setengah inci)
30 - 35 biji cili kering (bkn bird-eye chilly tau)
Asam jawa (ambik sebesar ibu jari - klu asam jawanya masam, kurangkan amountnye, dan dibuat airnya)
Belacan (separuh drp ibu jari)
4 keping Ikan salmon
Air, garam dan gula secukupnya
3 batang serai, dititik
Bunga kantan 2 kuntum dan daun kesum (kalau ada....)
8 - 10 batang Bendi


CARA-CARANYA

Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili kering dikisar hingga lumat. Setelah itu, tumiskan bahan2 yang telah dikisar sehingga garing. Setelah garing, masukkan air asam jawa. Tambahkan air ke dalam tumisan sedikit demi sedikitr sehingga kuah menjadi sedikit cair (jgn terlalu cair, nnt tak sedap). Apabila air dah dimasukkan, masukkan bahan2 perasa (garam dan gula) secukup rasa... Pastikan jgn terlebih gula, sb takut manis pulak. Bila kuah dah mendidih and rasa pun dah sedap, masukkan kepingan ikan salmon dan biarkan sampai masak. Kemudian, masukkan bendi dan bunga kantan. Biarkan beberapa minit sehingga bendi dan bunga kantan sedikit lembut. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan tutup api dapur.



Tu la lebih kurang resepi asam pedas cara idamazura.... Cuma aku tak leh gerenti ia boleh jd sedap... Sb klu aku masak, aku akan taste rasa dia a few time before I can finalize the taste... hehehehe.... Cuma aku nak ingatkan, jgn letak gula byk sgt bila nak imbang rasa masam asam jawa. Asam pedas taste is meant to be sour... Tp tak le sour sgt... Juz balance betul2 ikut lidah masing....

P/S: Leena, kak ida tak gerenti boleh jd sedap... Resepi ni cuma guidance je... Yg penting, lidah kene betul... Lupa plak nak bgtau, resepi ni utk ramai org (6 - 8 org). Klu utk leena je, leena boleh bahagi dua amount bahan2 yg digunakan tu.....

1st International Hot Air Ballon Festival, Putrajaya - Part II

Yesterday (Saturday), aku pegi lg tgk belon udara panas kat Presint 2, Putrajaya. Kali ni aku bkn pegi nga hubby and aizara je, famili aku iaitu adik2 aku ngan famili masing2 and mak aku pun join sekali (selepas 2 hari aku duk war2 n promote kat adik2 aku....). Kitaorg sampai sana dlm kul 3 lebih (menurut hubby aku, agak terlalu awal utk tgk belon2 tu and i agreed with that...). Sesampai sana aku tgk dah ramai org yg datang... Pada masa tu, pertunjukan yg berlangsung adalah pertunjukan remote aeroplane and helicopter... Tak de lg lori2 yg bawak belon2 besar.... So we all waited there.... While waiting, all our spouses sibuk gi round kat gerai2 makanan.... Anak2 kami plak, sibuk berlari2 main kejar2 la.... merayap la, nak gi jalan2 la... Penat gak melayan si kecik2 tu dlm cuaca yg agak terik....

Dua tiga kali trip ke gerai2 oleh spouse masing2, pelbagai makanan dah kami makan, bercawan2 air dah kami minum, belon tak muncul2.... Dalm kul 5 cam tuh, baru la kami nampak beberapa lori yg bawak belon and beberapa 'pick-up' yg bwk krew2 yg berkaitan melintas depan kami... Semangat kami utk tgk belon2 tu naik skit setelah agak 'down' sebab lama sgt tunggu.... Tp sekali lg kami kecewa sb diorg ambik masa yg agak lama utk get ready... Tp berkat kesabaran kami, akhirnya dpt gak kami tgk belon2 tu terbang di udara....

Org ramai bertepuk tgn bila mana belon pertama terbang di udara.... Dan seterusnya.... Kira2 lebih dari 5 biji belon yg kami sempat tgk... Hasrat aku nak tgk and tunjuk belon yg bercorak zig zag berlepas di udara kat adik2 aku tak kesampaian sb belon tu tak naik2.... Aku rasa mungkin ada masalah ngan belon tu, sb tu ia tak naik2... Kami stay kat sana sampai kul 7 ptg. Belon terakhir yg sepatutnya naik adalah belon gajah. Tp sampai ke sudah belon tu tak naik... May be ada masalah sama ngan belon zig zag.... So, kita org balik tanpa tgk belon gajah tu terbang ke udara.

I think this event when well yesterday walaupun dua belon tak dpt naik ke udara.... Dengan cuaca yg cerah, seolah2 menyebelahi kami yg ingin melihat event tersebut. Walau bagaimana, terdapat satu insiden yg agak mengecewakan di mana, kawasan padang tempat krew yg menyediakan belon2 utk dinaikkan telah dimasukki orang ramai. Org ramai tidak dibenarkan masuk dan kawasan itu telah diletakkan pagar utk menghalang org masuk.... Tp entah macam mana pagar tersebut tercabut, dan org ramai mulai masuk. Aku dpt tgk bagaimana pekerja2 yg terlibat berusaha meminta org ramai keluar dr kawasan tersebut atas sebab2 keselamatan... Sayangnya tiada kerjasama drp org ramai.... Sgt memalukan sb org2 kita tidak mahu mengikut arahan malah bergaduh dgn pekerja yg cuba menjalankan kerja mereka... Aku tau mereka yg masuk ke dalam padang tu, bertujuan utk melihat dgn lebih dekat lg. Tp apalah sgt bezanya jika tgk dari dekat atau jauh jika dibandingkan dengan keselamatan diri? Bagi aku, tgk belon tu dari jauh lebih menarik dan keselamatan kita pun terjaga.... Walaupun kita curious nak tau cam mana belon tu boleh naik ke atas, tp kita perlu juga fikirkan keselamatan diri dan keluarga kita.... Perlu ingat pepatah inggeris "CURIOUS KILLS THE CAT".... So, juz beware of urself and family safety....

Masa tgh tunggu belon besar terbang

Salah satu pertunjukan yg ada - paramotor/glider

Akhirnya dpt bergambar dgn background belon besar tgh mengembang....

Antara belon yg berjaya diterbangkan

Org ramai berkerumun menghampiri belon yg sedang ditiup udara panas bg menerbangkannya... Boleh dilihat api yg marak sedang memanaskan udara di dalam belon. Api tu lah yg boleh mendatangkan bahay sekiranya belon tersebut terkene api...

Thursday 19 March 2009

1st International Hot Air Balloon Festival, Putrajaya

Hari ni bermulanya Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa kat Presint 2 Putrajaya. Aku duk tunggu event ni dari minggu lepas lg. So, aku search internet nak tgk kat mana pesta tu. Rupa2nya pesta tu start hari ni... Pesta ni start on 19th until 22nd Mar 2009. Lepas ofis td, tgh duk fikir2 kat mana nak dinner, aku pun ajak hubby aku gi tgk pesta tu... Kebetulan cuaca plak cantik. So, kami pun terus melencong ke presint 2. Sesampai kat sana, aku tgk tapak pesta tu dah ramai org.... Pastu, aku nampak byk belon yg dah kembang dan berisi (ngan udara panas). Dan dah ada belon yg dah terbang ke udara... Aizara punya la seronok, terlompat2 dia tgk belon kat udara.... Sayangnya kami tak bawak kamera canggih kami... Walau bagaimanapun, kami tetap ambik gambar pakai camera handphone kami... Hasilnya tak le ok tp sedap gak la mata memandang... Klu tak caya, tgk la gambar2 yg kami ambik ni....









Bila Aizara nampak belon clown ni nak terbang, dia terus menjerit "Ibu, belon clown nak terbang..." Pastu dia kata, "Bila belon clown terbang, nanti topi dia jatuh la tu, ibu..." Hahahaha........... macam2 la, Aizara ni....

I will definitely come again to this event... Kali ni dgn camera canggih ku.... Hopefully esok tak hujan la....

Note:

This blog I dedicate to my sister, Ya, hoping that she could come to this event... So that we could enjoy the excitement together... I can image Iman will enjoy the event....

Memo Kepada Semua Staff

This was sent to me today by an old friend who really have humor inside her.... Make urself free to read and have a really good laugh... But this memo also make u think the logic of all statements stated here.... If u agree with me, please leave a comment on this entry.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MEMO KEPADA SEMUA STAFF


Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda m ema ndu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda m ema ndu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....

e. PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday 18 March 2009

My interest.........






This is my current interest.... but I haven't had chance to spend my time to do this....












These photos were taken during last Hari Raya holiday (3rd day of Hari Raya to be exact..).












The beach is our backyard beach (It is not really backyard. It takes 5 to 10 minutes to go there from our house).












The faces here are the faces of the young man in our big family which is my brother and nephews...

Tuesday 17 March 2009

Whereabout to go.....


I've been thinking of taking leaves and go somewhere else for a break with my husband and my lil' pumpkin.... But where to go? My husband suggested to go to PD... Hmmmm, it's a good suggestion but I feel it's not what I'm looking for.... I wanted to go to somewhere that can offer peaceful to my mind... At the same time offer interesting place for me to go 'jalan-jalan' and serve good and delicious food to eat.... (what a demanding thinking... hehehe). Somewhere that have entertainment for me and my lil' pumpkin.... Hmmmm, where to go.... The question hanged without an answer.... huh (sigh)!!!

Photo: My previous holiday.... (no wonder demand so much... hehehe)

Monday 9 March 2009

Noisy n chaotic weekends vs lonely and bored weekdays

Huh, gloomy, chilly monday..... Luckily it's holiday today... But because of overnight at my sister's house, so i cannot fully enjoy the holiday morning (enjoy in the sense of resting and laying on the bed...). But I still enjoy the noisy, chaotic holidays with my siblings and nephews and nieces around me. Plus my parents are here to visit their grandchildren. How lovely the weekend is....

But when thinking about going back home, ooooo, so, so lonely and bored. Without my husband around, the house will be quiet and dull... That will be the situation I have to face. What I can image the day will be, is, we'll be playing PS2 and watching 613 channel. I'll be cooking after come back home from office and I'll be questioning myself what will be the menu for dinner for two of us.... How boring my life is...

I cannot write more... I have to stop now as I need to send my sister back to her hostel in Tangkak... But that's the way my life is... Every week... Nothing exciting happen... And I'm longing for a long break, where I can have my rest and do what ever I want to do....

Saturday 7 March 2009

Boikot or koibot???

Last thursday, on the way for home, me and hubby (hubby dah balik dari outstation) tgh duk berkira2 nak makan apa for dinner nanti. tetiba Aizara bersuara, tp yg aku dgr cuma KFC... Pastu aku tanya dia apa yg dia cakap. Rupe2nye dia ajak gi KFC... Pastu aku cakap ngan dia, tak boleh... Pastu dia tanya kat aku, "kenapa ibu? Koibot ke ibu?" Aku tanye dia semula "apa dia?" Dia ulang ngan suara lantang, "Koibot ke ibu?" Aku ngan hubby tergelak besar... Dia nak cakap boikot tp jadi koibot... Hahahaha, sabo je la....

Dulu pun pernah gak dia kluarkan perkataan pelik... Masa tu kami on da way balik ke umah kami dr kampung. Time tu baru lepas raya. So, most of jalanraya dia hiasi dgn lampu warna warni and lampu berbentuk ketupat... Dia yg excited tgk lampu cantik2, terus menjerit "ibu, kesumtat, ibu..." Aku pun cam biasa tanya balik "apa dia?" sb nak confirm apa yg dia cakap. Sambil menuding jari kat lampu ketupat tu, dia sebut, "kesumtat...." Berdekah2 kami ketawa... riuh satu keta.... Rupe2nya ketupat yg dia maksudkan.... Sampai hari ni aku teringat citer tu....

Friday 6 March 2009

I've been tagged

Today I've been tagged by my sisters via their blog and FB. Aku ni bkn jenis rajin nak buat benda2 cam ni... Tp klu dah kene tu, buat gak la...

1) Make a list of what u want on your birthday

2) The list should be 10 numbers

3) post the image of this award to your posting

4) give it to 10 frens of yours

So, this is what I wish for

1. Rumah sederhana besar, tp muat2 la klu famili aku nak dtg bertandang... Besar sgt tak larat nak maintain...

2. Kereta yg sesuai ngan aku (tak mo besar2 sgt sb tak larat nak maintain and byr roadtax)

3. Beauty and slimming program for me to look good...:D

4. Laptop + wireless internet (boleh aku berblogging sentiasa)

5. kalau lah ada org bagi duit kat aku agak2 dlm rm 1 juta, ok gak, tak yah le aku keje (Aku tak nak kad kredit je, sb hutang nnt nak kene byr gak. Unless hutang pun ada org byrkan.

6. Holiday trip with famili + adik bradik sekali (Tak kira kat mana skali pun)

7. Klu dlm masa terdekat ni, klu boleh nak perabot rumah sb nak masuk umah baru ni, duit tak de nak beli perabot... hehehe

8. Aku nak barang kemas gak, cam gelang mas, cincin, rantai, gelang kaki (Tp tak de la cam mami jarum....)

9. Honeymoon berdua je dgn hubby...(ok gakkk)

10. But at this moment (masa aku tgh tulis ni) benda yg aku nak adalah cuti yg panjang, dpt balik kg, rehat2 kat kg, makan masakan umi, sambil main game ngan anak aku (Adik2 yg lain digalakkan join bersama)

Antara wishes yg aku paling nak.... Klu benda ni jd reality, alangkah bahagianya hidup aku. Antara satu syarat lg, aku nak kene tag to 10 other friends?? Tak cukup list la... Org yg dlm list aku dah kene tag ngan adik aku, Ya...

Thursday 5 March 2009

Aizara's 1st handwriting


Last week evening, aku ngan hubby duk ghalik tgk tv, tetiba Aizara jerit, "ibu, citer ibu..." Pastu aku tanya dia, mana? Ni dia tunjuk kat peti ais. Aku pun gi kat peti ais nak tgk apa dia buat... Rupe2nye dia duk menulis kat small pad kat peti ais. Pastu dia tunjuk la apa yg dia tulis... Dia tulis no channel kat astro. Dia dah assign each channel for each of us...

811 (one of the sport channel) - citer abah
411 - citer ibu
613 - citer Aizara

Rupe2nye dia dah pandai menulis nombor.... Alhamdulillah.... nasib baik kat taska yg aku hantar Aizara tu ada program utk bebudak besar Aizara. It's not a formal program or class, but at least diorg ada gak ajar menulis, membaca, melukis, mengaji... Ada setengah parents dah antar anak diorg besar Aizara ke sekolah tadika yg proper. Tp aku nak antar Aizara tahun depan, bila umur dia 5 tahun. Biar dia enjoy dulu ngan kawan2 dia kat taska.

What's for dinner - Part II

Lupa plak aku nak citer peristiwa smlm... Rentetan drp enty aku smlm, on the way back to my home, aku tanya la kat my little pumpkin, aizara, nak makan apa for dinner? Pastu aku cakap kat dia yg aku nak buat mee hailam. Nak tak? Pastu dia jawab, tak nak lah... nak mee sedap. Pastu aku cakap lagi, mee hailam pun sedap... Pastu dia jawab balik "huh, apa mee hailam.... cam alif baa taa je.... Hailam, hailam, macam lam jekkk..." Terus aku tergelak... Boleh plak dia terfikir cam tu.... Org dewasa cam kita ni tak pernah plak terfikir cam tu, kan... Budak2 punye pemikiran... Memang lain dr org dewasa. Sb tu kita dah start kena asah pemikiran diorg supaya jadi lebih kritis dan kreatif.... Sabo je la.....

Ikan bilis goreng kicap

Tetiba pagi ni masa aku duk tgh drive nak ke ofis, aku teringat masakan mak aku, ikan bilis goreng kicap. Emmm, yummy.... lauk ni best klu makan ngan nasi panas lembik skit. Pastu dipadankan dgn kari sardin and telur dadar, walla... Bestnye..... time2 hujan cam ni memang best la klu dpt makan.

Bahan2 utk buat masakan ni spt di bwh;

- Ikan bilis yg dah dikopek - 100grm
- Satu biji bawang besar/3 biji bawang merah dimayang halus
- 3 ulas bawang putih, dimayang halus
- halia sebesar ibu jari, juga dimayang halus
- cili besar/cili api (ikut rasa) juga dimayang halus
- kicap manis (ikut rasa gak)

Cara nak buat, mudah je...

Bahan2 yg dimayang td dan ikan bilis yg telah dicuci digoreng bersama2. Kemudian masukkan kicap. Goreng sampai kering dan ikan bilis dan bahan2 lain td garing. Itu saja... Mudahkan, tp ia boleh jd satu hidangan yg enak.

Kami dulu memang suka masakan ni, siap ratah lg ikan bilis tu... Sapa2 yg nak rasa, boleh cuba la... Masakan ni mudah dan ringkas. (Maaf tak de la gambar sb aku pun lom buat lg. Masa aku buat dulu tak terfikir plak nak capture dlm gambar... Ari ni klu aku buat aku ambik gambar and masukkan dlm blog....)

Wednesday 4 March 2009

What's for dinner

Tgh buntu menyiapkan report ni, tetiba terfikir "What's for dinner tonight". Pening gak memikirkan apa menu nak dibuat. Lebih2 lg tinggal berdua je ngan Aizara. Dah la selera Aizara ni limited, balik2 masak kurma, maggi sedap (maggi sup rencah sendiri), mee sup...... Hubby plak outstation ke PD... So, what am I gonna cook for tonight, ya?? Dalam fridge ada daging burger, nugget, sotong ball, sayur pak choy, salad, mee kuning, eeeemmmm... itu jek... Kadang2 aku ada gak mereka2 resepi.... Campak apa2 yang ada dlm fridge tu, and then, walla!!!! Resepi baru..... Tp hari ni buntu plak memikirkan pasal ni. Hmm..... apa aku nak reka kali ni yek?

Ada gak teringin nak try buat stew. Tp sedap ke buat stew sotong ball??? Pastu terfikir nak buat mee hailam... Terasa jemu plak makan mee. Hmmm, apa lagi, ekkk??? Buat sup sotong ball, best tak?? Takut Aizara tak nak makan.... Hmmm, aku rasa baik aku buat mee hailam je la.... Tp versi yg simple... Sb brg2 dlm fridge pun limited. Nak gi kedai pun agak malas... So, mee hailam for dinner... Harap2 Aizara akan makan la....